Showing posts with label Semasa. Show all posts
Showing posts with label Semasa. Show all posts

Sunday, 7 June 2015

Selepas GAMBAR Heret Mayat Pendaki VIRAL.. Inilah Jawapan Dari HQ Bomba Yang MENGEJUTKAN Ramai !!!

Selepas GAMBAR Heret Mayat Pendaki VIRAL.. Inilah Jawapan Dari HQ Bomba Yang MENGEJUTKAN Ramai !!! | Hanya kerana sekeping gambar, anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia dikecam teruk oleh netizen atas tuduhan mengheret mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu. Tindakan tidak bertanggungjawab individu bernama Hanzer Axer, Sapp Warren Sabah, Kilenius Sitih dan beberapa blogger murahan telah mencemarkan imej Bomba dengan niat sengaja mengaibkan pasukan penyelamat itu.

Berikutan itu, pihak Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat di Putrajaya terpaksa mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan keadaan sebenar. 

"Satu gambar telah menjadi viral akibat pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik gambar yang tidak sepatutnya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menafikan sekeras-kerasnya atas apa yang diviralkan. Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami. Tidak berlaku seperti apa yang digambarkan. 

Gambar berkenaan merujuk kepada seorang anggota penyelamat sedang 'menyeret' mangsa gempa bumi tidak berlaku sama sekali. Sebaliknya anggota terbabit sedang menunggu rakan penyelamat yang lain untuk mengangkat bersama. Harap Maklum." 

Demikian penjelasan dari pihak Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat. Individu dan blogger terlibat dalam penyebaran gambar berserta dengan tuduhan tidak berasas itu dilihat mahu menjadi orang pertama yang memviralkan segala-segalanya berkenaan kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini. 

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cepat percaya dengan apa yang tersebar. Sebaliknya mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. KREDIT THE HYPEMEDIA.




Selanjutnya

Saturday, 6 June 2015

Inilah Status Facebook Anggota Polis Wanita Terhadap Sultan Johor dan Pahang Yang Amat MENGEJUTKAN !!!

Inilah Status Facebook Anggota Polis Wanita Terhadap Sultan Johor dan Pahang Yang Amat MENGEJUTKAN !!! | "Raja Paling Sial", itulah kenyataan seorang wanita yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimuat naik di laman Facebook miliknya, semalam.


"Raja yang paling sial aku kenal Raja Johor dengan Raja Pahang. Raja Johor perangai macam iblis. Raja Pahang kaki perempuan. F*ck semua raja-raja yang ada dalam Malaysia ni. Bullshit," ktanya.

Tidak diketahui apakah motif anggota bernama Rashidah Rijal berpangkat konstabel ini. Namun, tindakannya itu dikritik oleh rakan-rakannya sendiri. 

Justeru, orang ramai meminta PDRM menyiasat akaun Facebook ini yang dipercayai anggota PDRM ini dan dikenakan tindakan tegas jika terbukti bersalah. - KREDIT THEHYPEMEDIA.COM




Selanjutnya

Sunday, 3 May 2015

Punca KEBONGKAKKAN Kelab Myvi... Ada Abang Ipar Polis Katanya !!!

Punca KEBONGKAKKAN Kelab Myvi... Ada Abang Ipar Polis Katanya !!! | Katanya semua boleh settle dan kes boleh lepas sebab ada abang ipar polis berpangkat pegawai yang boleh tolong katanya.. Kalau dah satu Malaysia tibai akhlak ko kat jalanraya.. Kalau ayah ko ketua polis negara pun akan MALU nak backup ko dik oiiiii..... Kan ?






Selanjutnya

Saturday, 2 May 2015

3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!!

3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!! | Tidak dinafikan, ramai netizen yang mahu perkara ini disiasat sebelum menuduh 6 pemandu Myvi yang juga ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) berlumba secara haram di lebuh raya Duke sehingga menyebabkan 3 beranak maut dalam kemalangan.


Tampil pula dua orang saksi yang mendakwa mereka berada di tempat kejadian dan menyaksikan di depan mata sendiri di mana mangsa tercampak keluar dari kereta.

BACA : 13 GAMBAR PENUH KEMALANGAN 6 MYVI LUMBA HARAM - LINK
BACA : Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!! - LINK
BACA : INILAH PENAFIAN WAKIL KELAB MYVI FMC YANG BUAT RAMAI ORANG MARAH - LINK

"Ini gambar asal. Saya ada masa kejadian.Jangan nak tegakkan benang yang basah. Jangan cakap Myvi ni tak berlumba. Nyaris pemandu tak kena belasah dengan ahli keluarga mangsa yang meninggal. Sampai nenek dan emak mangsa datang ke tempat kejadian. Mak mangsa pengsan di situ melihat anaknya meninggal dunia di tempat kejadian. Terima kasih," kata Hafiz Zulkifli.

Di bawah pula kenyataan dari saksi kedua bernama Muhammad Zaki.

"Salam, saya saksi kejadian dan telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Keluarga itu tercampak keluar depan mata saya dan bayi itu.. Sungguh saya tak boleh terima hakikat. Aku tak nak cerita banyak, biar polis buat kerja. Tapi cukup ada video dan bukti-bukti selainnya. Mahkamah Allah ada, jangan risau.

"Cerita dia bermula apabila saya dekat Tol Ayer Panas, tapi menghala ke Exit Gombak. Memang budak-budak Myvi ini berlumba atas jalan tu. Selang 10 saat, saya dah nampak Pajero itu berpusing terbalik dan semua tercampak keluar. Dua buah kereta FMC terlibat, tetapi selebihnya (4 ahli FMC) berhenti dan selepas itu hilang. 

"Saya nampak bayi itu tercampak keluar. Allahu.. agak-agaknya apa perasaan aku? Nak menipu lagi ke?," katanya.

Saksi kedua turut menceritakan detik-detik selepas kemalangan. KREDIT THEHYPEMEDIA.




Selanjutnya

Friday, 1 May 2015

Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!!

Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!! | Satu kemalangan yang menyebabkan tiga maut berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke arah Damansara kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.


Kejadian berlaku apabila enam buah Perodua Myvi berlumba di atas jalan raya tersebut dan kemudiannya salah sebuah daripadanya melanggar sebuah Pajero. – Astro Awani

Pasangan Suami Isteri Meninggal Di Tempat Kejadian


Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

BACA : 13 GAMBAR PENUH KEMALANGAN 6 MYVI LUMBA HARAM - LINK
BACA : 3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!! - LINK
BACA : INILAH PENAFIAN WAKIL KELAB MYVI FMC YANG BUAT RAMAI ORANG MARAH - LINK

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri. – Harian Metro

Pemandu & Penumpang Tercampak di Atas Jalan Raya

“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.
Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL.”
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. – Harian Metro

Facebook Page Familia Myvi Club Diserang


Susulan itu, orang ramai yang berang dengan kemalangan maut itu telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Korang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu…”


Namun, apa yang paling menyayat hati apabila salah seorang keluarga mangsa turut memberi komen di laman facebook berkenaan.


Kami berharap agar mereka yang bertanggungjawab segera menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. Berani kerana benar, takut kerana salah. KREDIT OHBULAN.



Selanjutnya

Saturday, 3 January 2015

BERSABARLAH ... Sharifah Sofea MUNTAH DARAH Selepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370 !!!

BERSABARLAH ... Sharifah Sofea MUNTAH DARAH Selepas Dedahkan Maklumat Rahsia MH370 !!!  | Wanita yang telah mendedahkan maklumat penting mengenai pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 yang lepas, Sharifah Sofia Syed Rashid telah dikatakan muntah darah secara tiba-tiba. via segenapdimensi.








Selanjutnya

Monday, 29 December 2014

3 GAMBAR Seorang Lelaki Cuba Menyelamatkan Motorsikal Dari Dihanyut Banjir

3 GAMBAR Seorang Lelaki Cuba Menyelamatkan Motorsikal Dari Dihanyut Banjir | Hanya orang yang mempunyai motorsikal je tahu perasaan lelaki ini... Berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan motorsikal dari dihanyut air deras banjir. Apa yang terjadi akhirnya amat menyedihkan...Kita doakan lelaki itu selamat la hendaknya.. Sesiapa ada info tentang nasib lelaki atau motorsikalnya sila beritahu kami ya. via segenapdimensi.






Selanjutnya

Anda Pasti TERSENTUH HATI Melihat Video Ayah Ini MENIDURKAN Anaknya Ketika BANJIR KELANTAN

Anda Pasti TERSENTUH HATI Melihat Video Ayah Ini MENIDURKAN Anaknya Ketika BANJIR KELANTAN | Jika hanya mendengar alunan suara seorang ayah mendodoi anaknya tidur, tiada apa yang pelik. Hanya alunan zikir biasa. Tapi selepas melihat buaian dan suasana di sekeliling anak ini, kami turut rasa sayu dan hiba. Kotak polisterin pun boleh jadi buai bila dalam situasi banjir begini asal saja anak tak menangis.


Inilah kasih ayah pada anaknya yang masih kecil dan tidak mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya. Lihat video di bawah:


Salute pada ayah ini. Kredit: The Vocket.



Selanjutnya

Sunday, 28 December 2014

GAMBAR TERAKHIR Pramugari QZ8501 Tunjukkan Sayap Pesawat Berhampiran Atas Laut !!!

GAMBAR TERAKHIR Pramugari QZ8501 Tunjukkan Sayap Pesawat Berhampiran Atas Laut !!! | Terkini dari media Indonesia perihal kehilangan pesawat AirAsia QZ8501. Dari foto profil terakhir di aplikasi BlackBerry Messenger (BBM) milik pramugari Khairunisa Haidar Fauzi, tampak sayap pesawat berada tepat di atas laut namun belum menyentuh laut, Minggu (28/12/2014).


Hal ini diketahui ketika keluarga dan teman-teman Anis--sapaan karib Khairunisa--ketika melihat foto profil yang ada di BBM milik Anis. Keluarga terutama teman-temannya bertanya soal foto profil yang terakhir mereka lihat ini. 

Sebab, sepengetahuan teman-temannya Anis tidak pernah memasang foto profil seperti itu. "Biasanya masang foto dirinya atau sama pacarnya, tetapi terakhir ini ketika kami mendapat kabar jika pesawat Nisa hilang foto profilnya itu," ujar seorang teman Khairunisa. via segenapdimensi.




Selanjutnya

GAMBAR TERAKHIR PENUMPANG PESAWAT QZ8501 AIRASIA SEBELUM HILANG

GAMBAR TERAKHIR PENUMPANG PESAWAT QZ8501 AIRASIA SEBELUM HILANG | Berikut merupakan berita dari media Indonesia. Gusti Made Bobi Sidharta mengajak istri dan 2 anak perempuannya menuju Bandara Juanda, Surabaya, Jawa Timur, untuk bercuti ke Singapura. Keempatnya berangkat dari Malang, Jawa Timur sejak pagi sebelum akhirnya menghilang bersama pesawat AirAsia QZ8501 yang mereka naiki.


Sebelum menaiki pesawat nahas tersebut, pria yang karib disapa Bobi itu sempat berpose di depan burung besi AirAsia. Kemudian foto itu diunggahnya pada akun BBM-nya sembari menuliskan status, 'Berangkat'. "Sempat ganti DP BBM dan menulis status 'Berangkat'. Pak Bobi berpose di depan pesawat, sepertinya beberapa saat sebelum naik pesawat pagi tadi," kata tetangga Bobi, M Ridwan, di Malang, Jawa Timur, Minggu (28/12/2014). 

Ridwan mengaku kaget saat mengetahui kabar bahwa Bobi sekeluarga menjadi penumpang AirAsia. Sebab, kata dia, Bobi sempat bercerita ingin liburan ke Bali dan Lombok. Bukan Singapura. "Kemarin sore datang ke rumah saya, bilang mau ke Bali dan Lombok. Tapi biasanya kalau pulang baru dia cerita habis dari mana saja," ujar Ridwan. Bobi beserta istrinya, Dona Indah Nurwatie (39) dan 2 anaknya yakni Gusti Ayu Putriyana Permata (16) Gusti Ayu Made Keisha Putri (9) berangkat ke Singapura untuk berlibur. 

Pengusaha properti itu dikenal dermawan dan aktif di berbagai kegiatan di kampungnya. "Pak Bobi ini juga pengurus rukun tetangga, bahkan kegiatan sampai tingkat kelurahan juga pasti ikut bantu," tutur Ridwan. M Sulton, Ketua Rukun Warga 6 mengaku, Bobi merupakan warga yang supel dan berjiwa sosial. "Pak Bobi pasti membantu dan terlibat kalau ada kegiatan di kampung," ucap Sulton. Pesawat AirAsia yang ditumpangi Bobi tersebut tinggal landas dari Surabaya pada pukul 05.36 WIB menuju Singapura. Namun di tengah perjalanan, pesawat AirAsia tersebut dinyatakan hilang kontak. Burung besi itu terakhir kali terlacak pada pukul 06.17 WIB dan hilang dari radar pos pemantau Jakarta pukul 06.18 WIB. (Ndy/Mut)




Selanjutnya

PERMINTAAN TERAKHIR PILOT QZ8501 AIRASIA SEBELUM HILANG

PERMINTAAN TERAKHIR PILOT QZ8501 AIRASIA SEBELUM HILANG | Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 telah memohon kepada menara kawalan trafik udara (ATC) Indonesia untuk membelok kekiri dari laluan asalnya bagi mengelak awan dalam cuaca buruk sebelum ia terputus hubungan. 


Komunikasi terakhir pesawat itu dengan ATC Indonesia berlaku pada pukul 6.12 pagi (waktu Indonesia bahagian Barat) (7.12 waktu Malaysia). Pesawat itu sedang dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura. Ketua Pengarah Perhubungan Udara Indonesia, Djoko Murjatmojo berkata laporan yang diterima daripada pesawat itu memohon untuk membelok ke kiri bagi mengelak awan ketika ia sedang terbang pada ketinggian 32,000 kaki. 

Pada masa itu, katanya pesawat itu juga memohon untuk meningkatkan ketinggiannya kepada 38,000 kaki. pesawat putus hubungan dan pada jam 6.18 yang terlihat hanya flight plan atau rancangan penerbangan. Pesawat berada dalam keadaan baik, tetapi cuaca memang tidak baik pada waktu itu," katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung oleh Kompas TV. 

 Sidang media itu turut disiarkan stesen TV berbayar Astro Awani. Djoko berkata kedudukan terakhir pesawat itu dikesan ialah di antara Tanjung Pandan, Belitung dan Pontianak. Sementara itu, Ketua Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Bangka Belitung, Joni Superiadi berkata pasukan dara telah dihantar lokasi pesawat itu dilaporkan hilang. Katanya lima buah kapal juga akan dihantar untuk menyertai operasi SAR itu. 

Menurut laman Facebook dan Twitter rasmi AirAsia, pesawat Airbus A320-200itu terputus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada 7.24 pagi waktu Indonesia bahagian Barat. Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu membawa 155 penumpang, dua juruterbang dan lima kru kabin. - mStar Online



TERKINI DARI MEDIA INDONESIA... PESAWAT QZ8501 AIRASIA DIPERCAYAI TERHEMPAS DI PERAIRAN BELITUNG TIMUR !!! - LINK


Selanjutnya

Saturday, 27 December 2014

SEDIH... Team Bantuan Mangsa Banjir Dari PETRONAS MAUT Dalam Kemalangan Di PAKA .. Al FATIHAH

SEDIH... Team Bantuan Mangsa Banjir Dari PETRONAS MAUT Dalam Kemalangan Di PAKA .. Al FATIHAH | Dua kakitangan Petronas maut selepas pacuan empat roda mereka terbabas di Kilometer 5, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah berhampiran Kampung Santong dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi tadi.



Mangsa dikenali sebagai Nusuki Mohamed, 45, yang maut di tempat kejadian manakala Rosli Mahmud, 52, dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Dungun. Seorang lagu mangsa Mat Zian Mat Zin, 48, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di kaki dan dihantar ke Klinik Kesihatan Rantau Petronas. Mereka dipercayai dalam perjalanan menuju ke tempat kerja mereka di Petronas Gas Santong. Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, ASP Elias Abu Bakar mengesahkan kemalangan itu.via TheRakyatPost.




Selanjutnya

Thursday, 25 December 2014

TERKINI !!! Anak PM Najib MENGAMUK Di Twitler !!!

TERKINI !!! Anak PM Najib MENGAMUK Di Twitler !!! | Tweet anak Najib mengamuk menajadi viral di laman sosial. Amukan anak Najib ini berpunca daripada penyokong-penyokong PKR mengkritik Najib yang kini berada di Hawaii main golf bersama Obama. 


Dalam tweet beliau yang suka maki Najib tu cuba kau imagine tu bapak kau then someone maki bapak kau maca dia maki Najib kau tak marah ? Open minded la weh..



Susulan itu Anak Najib ini juga Dihentam oleh pengguna-penguna laman facebook yang lain anda lihat apa reaksi mereka selepas anak Najib Meluahkan marahnya dalam Twitter. via beritahariann.org.




Selanjutnya

Tuesday, 23 December 2014

KISAH BENAR ... AWAS !!! Siti Balqis Elias Dirompak, Dibelasah Dan Hampir Dituttttt di Parking KTM Nilai !!!

KISAH BENAR ... AWAS !!! Siti Balqis Elias Dirompak, Dibelasah Dan Hampir Dituttttt di Parking KTM Nilai !!! | Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.


Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.


Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu.

Alhamdulillah syukur diri ini selamat.

Dan alhamdulillah handphone saya masih berada dengan saya pada waktu itu. Saya call ayah dan juga pihak Polis. Okay guys as a reminder tolong simpan nombor polis area rumah anda. Silap saya tak simpan nombor polis dan hanya dial 999 jadinya agak lambat proses untuk mendapat bantuan tu.

Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu di tempat kejadian. Beberapa minit kemudian polis pun sampai dan saya diarah untuk pergi membuat laporan di Balai Polis Nilai. Alhamdulillah laporan pertama selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan apabila saya diminta untuk berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk laporan kedua, insp itu menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada kerja yang dia kena buat whereby she needs to submit it before 12.00 am. Masa tu dah pukul 11 lebih. Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak laporan diterima setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting ke kes saya ni. Tidak mengapa saya menunggu dan setelah kerjanya selesai saya diminta bercerita kembali mengenai kejadian yang berlaku tadi. Okay selepas itu, saya diarah untuk ke crime scene.

Di sana, macam biasa gambar kereta diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila ada beberapa evidence yang ditinggalkan orang jahat tu. Cuma soalan saya kenapa polis tidak memakai glove semasa mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan di dalam plastik yela macam yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya hanya mendiamkan diri, mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah polis pergi, saya terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian jari) yang dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai polis tadi. Cuma agak kecewa bila polis cakap, “Laa pakai glove ke?” And I was like saya rasa saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun dia pakai glove manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence tersebut kan? Dan cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan bahagian jari jadi mungkin ada possibilty boleh kesan cap jari. Ke anggapan saya ni salah? Selain itu, saya ingat stereng kereta saya akan diperiksa kesan cap jari, tetapi tidak. Hmm saya kurang arif mengenai hal ini, maafkan saya kalau teori saya ni salah dan bukan niat saya ingin mempersoalkan kerja polis, saya cuma tertanya-tanya kenapa. Mungkin mereka lebih mengetahuinya.

Dear Malaysians, walaupun laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa kereta tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya kalau jumpa kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar dapat balik kereta dia yang hilang tu. Sekali lagi, tolong laporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus, ketinggian sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.

One more thing, kepada pihak pengurusan KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu macam tu? Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak saya telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV so maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter. Yang menariknya bila nak suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah, lepas tu bila dah betulkan remote still tak boleh nak replay balik. Sampai ke sudah tak boleh nak buat apa. Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan. Dulu ada RELA yang jaga kejap dalam sebulan dua kalau tak silap saya, tetapi dah lari kerana katanya pihak pengurusan tak membayar gaji mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan diri sesetengah pihak, keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja? Macam tu? Adakah saya kena report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang baru semua nak turun padang?

Mungkin pada pandangan sesetengah pihak kes saya ni kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat ditangkap segera. Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan KTM Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita agar lebih berhati-hati. Silap saya kerana sudah biasa balik kerja malam dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang mencederakan diri saya. Syukur ke hadrat illahi, saya masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini, masih bersama insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral. Walaupun masih trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga! Sayangi diri, ingatlah orang tersayang.

Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.

Wassalam. Sumber: Facebook Siti Balqis Elias.



Selanjutnya

Sunday, 14 December 2014

KenaLi Dua GuRu Muda BerTuaH Yang MeNang KereTa BMW BanK IslaM !!!

KenaLi Dua GuRu BerTuaH Yang MeNang KereTa BMW BanK IslaM !!! | MEMANG tuah luar biasa. Guru, Mazatul Asheqin Badaruddin memenangi sebuah BMW 316i dalam satu cabutan bertuah hanya kerana membuat pinjaman peribadi dari Bank Islam September lepas.


Mazatul, 25, berkata beliau langsung tidak mengetahui tentang cabutan bertuah itu hinggalah beliau diumumkan sebagai pemenang kempen Pembiayaan Peribadi-i 2014 Bank Islam. "Ini hadiah perkahwinan saya dan suami selepas berkahwin enam bulan lepas," kata Mazatul kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sumbangan Amal Jariah Bank Islam dan Hadiah Kempen 'BMW Pembiayaan Peribadi-i 2014' di sini, hari ini. 

Mazatul berasal dari Alor Star, Kedah, mengajar di Sekolah Rendah Hermanus Assan, Sarawak. Turut memenangi hadiah serupa juga seorang guru, Siti Azian Syaharbanu Awang Lah, 37, berasal dari Kelantan. Siti Azian yang mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum, Kota Baharu berkata kereta jenis itu memang menjadi idamannya sejak kecil. 

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam Khairul Kamarudin. - Bernama via Sinar Harian.




Selanjutnya

Saturday, 13 December 2014

Tidak Tahan Diganggu Kerana Terlalu Cantik, Pekerja Tesco Ini Naik Mahkamah (5 GambaR)

Tidak Tahan Diganggu Kerana Terlalu Cantik, Pekerja Tesco Ini Naik Mahkamah (5 GambaR) | Seorang lelaki berusia 56 tahun yang tertarik dengan wajah jelita seorang pekerja sebuah pasar raya Tesco di Gloucester dekat sini telah diarahkan oleh mahkamah supaya menjauhkan diri daripada gadis berkenaan.


Pekerja Tesco tersebut, Samantha Bryce, 22, terpaksa memohon perintah berkenaan dari sebuah mahkamah di Gloucester baru-baru ini kerana tidak tahan akibat sering diganggu lelaki berkenaan. BRYCE keluar dari sebuah mahkamah di Gloucester, Britain baru-baru ini selepas memohon perintah agar tidak diganggu seorang lelaki. Lelaki itu, Nicholas Fenney mula mengganggu Bryce selepas kali pertama mereka bertemu di pasar raya berkenaan pada Disember tahun lalu.


Bryce memberitahu mahkamah, sejak itu Fenney mula mengganggunya dengan memberi hadiah, kad Valentine dan mengajaknya keluar untuk makan malam. “Sebelum ini ada beberapa pelanggan lelaki cuba mengganggu saya tetapi tidak melampau seperti yang dilakukan oleh Fenney. “Fenney membuat saya takut kerana dia mengetahui semua mengenai saya termasuk tempat asal saya serta warna kuda yang saya miliki. “Dia turut memberikan saya sekeping kad yang mempunyai gambar dua ekor arnab sedang mengawan dengan tulisan saya cinta kamu,” katanya kepada mahkamah. – Agensi.. LAGI GAMBAR DI SINI --> LINK




Selanjutnya

Friday, 12 December 2014

TERKINI Pesawat Air Asia Terpaksa Patah Balik Sepasang Pasangan China Buat Huru Hara Nak Terjun Dari Pesawat (7 GAMBAR DAN VIDEO)

TERKINI Pesawat Air Asia Terpaksa Patah Balik Sepasang Pasangan China Buat Huru Hara Nak Terjun Dari Pesawat (6 GAMBAR) | Sebuah pesawat Air Asia hari ini terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang berikutan tindakan ganas dari dua orang penumpang pesawat yang dalam separuh jalan ke Nanjing, China.

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari dan mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang. Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut. 

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk membunuh diri dengan melompat keluar dari pesawat. Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati keranan mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat. Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dimana polis menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya tidak mahu keluar dari pesawat tersebut.



Mereka akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo. via siakapkeli.









Selanjutnya

Wednesday, 10 December 2014

AkibaT TerlaLu PerCaya BomoH BaYi 2 BulaN HampiR MauT DihiRis PisaU PaNas 40 KaLi !!!

AkibaT TerlaLu PerCaya BomoH BaYi 2 BulaN HampiR MauT DihiRis PisaU PaNas 40 KaLi !!! | Akibat percayakan bomoh, seorang wanita dilaporkan hampir kehilangan bayi perempuannya yang baharu berusia dua bulan dan menghidap penyakit radang paru-paru. Somvati Seheriya, 22, pada awalnya tidak membawa bayi malang itu ke hospital.


Sebaliknya, Somvati dikatakan membawa anak itu menemui bomoh yang kemudiannya menggunakan besi panas dan ditekap ke atas perut bayi berkenaan bagi mengubati penyakit tersebut. Laporan media di India memberitahu bahawa dianggarkan terdapat kira-kira 40 kesan pisau panas pada perut bayi itu, "hasil kerja" bomoh yang diupah ibunya. 

Lebih merisaukan, keadaan bayi itu bukan semakin sembuh malah makin teruk di mana bayi terbabit kemudiannya mengalami demam panas pada keesokan hari selepas cuba dipulihkan bomoh itu. Somvati yang kematian anak sulungnya tahun lepas akibat penyakit sama, dikatakan menyesal kerana tidak membawa anak sulungnya itu menemui bomoh terbabit. Justeru, apabila bayinya menghidap radang paru-paru dan bagi menebus "kesilapan" pada bayi sulungnya, 

Somvati nekad membawa bayi itu menemui bomoh itu ekoran terlalu percaya kemampuan bomoh terbabit menyembuhkannya. Selepas bayi itu semakin kritikal, barulah dia dan suaminya, Giru, membawa anak itu ke hospital kerajaan. Menurut doktor yang merawat bayi itu, Dr Gobind Singh, ketika dibawa ke hospital, bayi itu berada dalam keadaan parah dan sukar benafas. Dia kemudiannya diberikan nebulizer serta ubat dan selang beberapa hari keadaan bayi tersebut kembali pulih. via KedahNews.com



Selanjutnya

Tuesday, 9 December 2014

GuRu WaNita TrauMa ApabiLa TerimA MeSej Tuttttttt DaRi SeoraNg MuRid !!!

GuRu WaNita TrauMa ApabiLa TerimA MeSej Tuttttttt DaRi SeoraNg MuRid !!! | "Rindu t***k cikgu" ....Itulah mesej yang diterima oleh seorang guru wanita dari pelajar lelaki yang viral di laman Facebook hari ini. Gambar yang dimuat naik oleh seorang rakan kepada guru terbabit di laman Facebook tersebar dan mengundang pelbagai reaksi dari netizen yang terkejut dengan mesej pelajar tersebut. 


Namun, rata-rata netizen juga menunding jari terhadap sesetengah guru wanita yang dilihat gemar berpakaian mencolok mata sehingga menimbulkan perkara-perkara yang tidak diingini terutamanya di kalangan pelajar lelaki. Menurut Reza Shamsudin, “Kalau umurnya darjah 1, 2, 3, 4 bagi mesej macam ini, saya rasa bukan salah pelajar ini. 


Sememangnya cikgu dia ‘menjamu’ bentuk badannya yang menggiurkan bagi pelajar-pelajarnya,” katanya. Tidak kurang juga ada yang mendakwa, sesetengah guru wanita terlalu bergaya sehingga melanggar etika pakaian penjawat awam. via aans1. 

Apa pandangan anda?




Selanjutnya

Sunday, 7 December 2014

Remaja 18 Tahun Maut Dibelasah Di Gelanggang Futsal Petaling Jaya

Remaja 18 Tahun Maut Dibelasah Di Gelanggang Futsal Petaling Jaya | Remaja maut selepas dibelasah enam lelaki berusia antara 14 hingga 43 tahun di gelanggang futsal Apartment Permai, Tropicana, di sini, dalam kejadian kira-kira 11 malam, Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim, berkata remaja berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 9.30 pagi semalam. “Dia dipukul sehingga tidak sedarkan diri oleh kumpulan suspek terbabit. 

Siasatan awal polis mendapati seorang daripada enam suspek terbabit sebelum itu bergaduh dengan mangsa. “Mangsa kemudian menumbuk muka suspek berkenaan. Sejam selepas insiden itu suspek membawa lima lelaki dan terus memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Berikutan itu, katanya, polis memberkas enam lelaki di sekitar lokasi kejadian, semalam, bagi membantu siasatan. Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.via Malaysian Review.



Selanjutnya