Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!! | Satu kemalangan yang menyebabkan tiga maut berlaku di Lebuhraya DUKE
menghala ke arah Damansara kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.
Kejadian berlaku apabila enam buah Perodua Myvi berlumba di atas
jalan raya tersebut dan kemudiannya salah sebuah daripadanya melanggar
sebuah Pajero. – Astro Awani
Pasangan Suami Isteri Meninggal Di Tempat Kejadian
Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian,
isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa
meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
BACA : 3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!! - LINK
BACA : INILAH PENAFIAN WAKIL KELAB MYVI FMC YANG BUAT RAMAI ORANG MARAH - LINK
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri. – Harian Metro
Pemandu & Penumpang Tercampak di Atas Jalan Raya
“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.
Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL.”
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. – Harian Metro
Facebook Page Familia Myvi Club Diserang
Susulan itu, orang ramai yang berang dengan kemalangan maut itu telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.
“Korang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu…”
Namun, apa yang paling menyayat hati apabila salah seorang keluarga mangsa turut memberi komen di laman facebook berkenaan.
Kami berharap agar mereka yang bertanggungjawab segera menyerahkan
diri kepada pihak berkuasa. Berani kerana benar, takut kerana salah. KREDIT OHBULAN.
0 comments:
Post a Comment