Showing posts with label Seram. Show all posts
Showing posts with label Seram. Show all posts

Saturday, 13 December 2014

Kisah Seram Misteri Di Hotel Sungai Petani

Kisah Seram Misteri Di Hotel Sungai Petani  | Aku ni sebenarnya tak tahu sama ada aku ni “sensitive” atau tidak.. Selalunya, aku boleh merasakan kehadiran makhluk halus yang tidak diundang disekeliling aku, terutamanya di tempat baru. Kawan-kawan aku selalu suka membawa aku pergi ke tempat yang mereka ingin lawati terlebih dahulu sebelum mereka membuat tempahan kat hotel yang mereka ingin sewa. Mereka mahu melihat sama ada tempat tu ok atau tidak.
Sekadar Gambar Hiasan
Pengalaman seram yang sememangnya tak dapat ku lupakan selagi aku masih bernyawa ni adalah pengalaman yang ku alami di sebuah hotel di sebuah pekan kecil di utara semenanjung.
Kali pertama aku menjejakkan kaki di pekan itu adalah pada tahun 1998.  Aku suka akan kehijauan dan kedamaian pekan tersebut, tetapi bukan hotel yang aku diami. Kali pertama menjejakkan kaki di perkarangan hotel tersebut, perasaan sayu, cemas, gerun, takut dan sedih menusuk di dalam sanubari aku. Aku ingat kan mungkin keadaan masa itu, (aku sampai kat hotel dalam pukul 6:30 petang) dan aku buat tak tahu je.
Aku ditempatkan disebuah bilik terakhir di block baru. Bila aku masuk, aku dapati bilik itu seperti sudah lama tak didiami, terlalu dipenuhi habuk dan terdapat sawang di siling. Di dalam bilik itu, aku rasa seperti aku diperhatikan. Aku pun ikat langsir dan aku dapati bilik aku mengadap pokok sukun yang sederhana besarnya. Mengikut kata orang-orang tua, pokok sukun nie ada hantu yang suka menumpang. Aku pun segera meminta pihak hotel menukar bilik aku dan alhamdulillah, mereka memenuhi permintaan aku. Aku tinggal di hotel itu selama lebih kurang dua minggu tanpa ada sebarang gangguan.
Kali kedua aku ke pekan itu, aku ditempatkan di hotel yang sama. Tempoh kali ini adalah lebih panjang, lebih kurang dua bulan setengah. Aku telah ditempatkan di bilik tidak jauh dari bilik lama dulu. Minggu pertama, semuanya berjalan lancar. Keadaan menjadi sebaliknya apabila masuk minggu ke dua. Aku terjaga setiap malam pada pukul 2 pagi dan tidak boleh melelapkan mata sehinggalah pukul 6 pagi. Bayangkan keadaan aku ketika itu, tanpa tidur yang cukup dan terpaksa ke pejabat keesokan harinya.
Pada satu malam, dalam lebih kurang pukul 10, aku pun menjalankan operasi biasa aku, check semua pintu dan tingkap sama ada telah aku kunci atau tidak. Aku pun check pintu sliding door balcony bilik aku tu, yelah petang tadi aku lepak kat situ sambil minum kopi mengadap swimming pool. Mana tau kot-kot aku terlupa menguncinya. Apabila aku tutup semula sliding door tu, aku terbau sesuatu yang amat busuk macam bau bangkai. Aku segera memeriksa kasut aku, mana tau aku terpijak taik kucing ke, bangkai tikus ke tetapi kasut-kasut aku tak ada bau. Aku pun buat kesimpulan bahawa mungkin bau tu masuk bilik aku masa aku bukak pintu sliding door tadi. Mungkin ada tikus mati kat taman bawah bilik aku tu kot (walaupun petang tadi masa aku lepak kat situ, mana ada bau busuk).
Aku terjaga seperti biasa dalam pukul 2 pagi. Aku cuba juga untuk melelapkan mata tapi setiap kali aku cuba untuk berbuat demikian, aku ternampak seperti bayang-bayang yang terbang di atas kepala ku. Ini adalah kerana keadaan dalam billik tersebut boleh dilihat dari atas katil kerana bilik itu banyak dihias menggunakan cermin. Aku seperti diperhatikan. Aku pun apa lagi, terus berjaga sampai pukul 6 pagi. Nasib baik masa tu siaran TV3 24 jam, boleh jugak aku pasangkan suara tv tu dan cuba menonton program yang ada.
Keesokan harinya, aku balik kerja cepat sebab aku ada projek, baca Yassin selepas solat Maghrib dan Isyak. Aku pun meneruskan projek yang telah ku rancang. Lebih kurang dalam pukul sepuluh, aku pun tertidur. Aku terjaga lagi pada malam itu dalam pukul 1 kerana aku terbau bau limau nipis yang kuat dalam bilik aku. Ini sudah kerja gila, aku memberitahu diriku. Aku berasa seolah-olah bilik tersebut penuh dan suasana dalam bilik itu panas dan tidak selesa langsung. Aku terdengar seperti orang berbisik tetapi tak tau biji butir percakapanya tapi aku tahu, aku tidak diterima untuk berada di situ.
Aku menggeletar di atas katil sendirian dan berperang dengan perasaan aku. Hati aku berbisik mengatakan kalau aku tak keluar dari bilik ni pukul 3 pagi, sesuatu yang buruk akan menimpa diri aku. Tepat-tepat pukul 3 pagi, aku lari keluar dari bilik aku dan terus ke lobi. Aku duduk dilobi dengan baju sejuk, bantal dan walkman. Aku duduk di situ dengan aman dan tenteram sehinggakan aku boleh tertidur di situ. Tiba-tiba, aku rasa ada sesuatu berdiri disebelah ku. Rupa-rupanya para petugas malam hotel tersebut datang kepada ku dan bertanya kenapa aku berada di situ dan juga dengan celuparnya bertanya, sama ada bilik aku ada hantu ke?
Yang aku ingat aku memberitahu mereka “Tolong tukar bilik I, I nak bilik lain la”. Berulang kali aku mengatakan perkara yang sama. Kemudian, petugas itu meninggalkan aku. Dalam pukul 6, aku telah dikejutkan oleh seorang pakcik yang baru masuk kerja syif yang sudi menolong aku pindah ke bilik baru. Aku berasa berat hati tetapi pakcik tersebut berjanji akan menunggu aku pack barang aku dan mengangkatnya sehingga ke bilik baru. Pakcik itu membawa barang aku dan menunjukkan bilik baru aku. Terima kasih pakcik, jasa mu akan ku kenang sampai bila-bila. Tapi yang menjadi pertanyaan pada diri aku sampai hari ini, semua pekerja hotel terbabit seolah-olah tahu sesuatu telah berlaku semasa aku lari keluar dari bilik aku tetapi tidak mahu memberitahu aku.
Oklah, setelah ditempatkan dibilik baru, apabila aku balik dari kerja petang tu, receptionist kata diorang dah upgrade bilik aku dari deluxe ke junior suite dan pada harga bilik deluxe. Diorang upgrade kan bilik aku sebab diorang kata, dekat “wing” bilik lama aku tu, cuma aku sorang je yang ada, bilik lain semuanya kosong. Walaupun ada guard rounding, diaorang takut kalau jadi apa-apa, tak ada orang yang tahu….
Tiba-tiba buat aku terfikir, mungkinkah mereka tahu keadaan sebenar hotel diorang tapi tak nak takutkan pelanggan, almaklumlah, nanti tak ada bisnes. Tambahan pula, menurut kata pihak hotel, bilik baru ni terletak tidak jauh dari meja receptionist. Diorang dah siap angkut barang² aku dan letakkan kat bilik baru. Aku pun apa lagi, seronok lah tanpa mengetahui nasib yang akan menimpa diriku seterusnya.
Mula-mula tu aku rasa selesa dalam bilik tapi setelah dua tiga malam tidur di situ, aku mula rasa perasaan yang sama seperti dibilik-bilik sebelumnya. Tiap-tiap malam aku terdengar bunyi orang berkawad di luar dan dalam bilik. Bila aku cuba memeriksanya, tidak ada seorang pun yang kelihatan. Aku masih lagi terjaga pada pukul 1:00 pagi dan tak boleh melelapkan mata hingga ke pagi. Aku cuma berasa selesa apabila azan Subuh berkumandang, seolah-olah dapat melihat “benda-benda” tu semuanya bertempiaran lari dari bilik aku.
Pada satu malam, seperti biasa dalam pukul 1 pagi aku terjaga, kali ini aku amat terkejut kerana aku terhidu bau shampoo yang masih segar, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Aku tahu bau tersebut adalah bau shampoo yang baru ku beli petang tadi. Aku pun masuk ke bilik air untuk menyiasat dan amat terkejut kerana bilik air tersebut masih basah, seolah-olah ada orang baru sahaja selesai mandi. Aku amat pasti bahawa sebelum aku tidur tadi, bilik air tersebut kering sahaja. Masih terdapat kesan wap panas di cermin bilik air. Perasaan ku yang pada mulanya cuak mula menjadi huru-hara. Aku tidak tahu apa yang aku patut lakukan, sama ada keluar dari bilik air atau keluar dari bilik aku. Dalam keadaan itu, aku segera mengambil keputusan untuk keluar dari bilik air dan duduk diluar sementara memikirkan apa tindakan yang sepatutnya aku buat.
Tanpa ku sangka-sangka, aku sebenarnya tersilap membuat perhitungan. Apabila aku tiba diluar, aku teramat terkejut kerana ada benda yang sepatutnya tidak berada di dalam bilik ku berada di atas katil aku. Tak dapat aku bayangkan perasaan aku ketika itu, kalau toreh pisau kat muka pun tak keluar darah. Aku nampak 3 kepala manusia sedang bergolek-golek di atas katil aku!! Apabila menyedari aku memerhatikan aksi mereka, mereka segera berhenti dan menyeringai ke arah ku. Aku tidak tahu dari mana aku dapat kekuatan aku kerana tiba-tiba sahaja aku dapati diri aku kini berada di lobi hotel (sekali lagi). Kali ini aku memilih untuk duduk di kerusi sebelum meja reception (menuju ke arah bilik lama aku) kerana aku tidak mahu dihujani dengan pertanyaan pihak pengurusan hotel.
Aku telah mengambil keputusan nekad, check out dari hotel tersebut petang itu jugak. Aku menerima tawaran salah seorang rakan sekerja aku untuk tinggal bersama dia. Pihak pengurusan hotel terbabit cuba untuk memujuk aku tinggal di situ memandangkan mengikut tempahan awal, aku sepatutnya tinggal di situ selama 2 bulan setengah. Salah seorang dari pengarah mereka telah menelefon aku di pejabat setelah seminggu aku keluar dari hotel mereka dan aku menceritakan semuanya tanpa selindung. Yang peliknya, dia tidak pula menafikan kisah seram aku, cuma dia diam sahaja seolah-olah tahu yang sebenarnya memang ada masalah dengan hotel mereka.
Daripada salah seorang kawan aku yang bapanya kerja kat hotel tersebut (wonder why aku tak pernah tanya dia sejak dari mula), hotel tersebut memang seram. Bapanya turut mengatakan semua bilik yang aku pernah diami itu sememangnya tak pernah lama dihuni orang kerana keesokan harinya penghuni bilik-bilik terbabit pasti akan bertanya kepada pihak kaunter sama ada bilik mereka itu ada hantu. Cuma kes aku sahaja yang terlalu ekstrem sehingga pihak pengarah mereka pun tahu mengenainya.
Menurut bapa kepada kawan aku, beberapa pekerja part time bahagian dapur pun mengalami masalah yang sama. Ada sorang student ITM yang buat part time kat situ tu sampai demam panas kerana terlalu terkejut melihat 3 lembaga hitam sedang makan di dalam dapur hotel terbabit. Dia hairan mendengar bunyi bising di dalam dapur dan seperti aku, cuba untuk menyiasat.
Kalau setakat panggilan telefon ditengah malam ke meja front office tu perkara biasa (mengikut kata pakcik tu lah). Bila mereka jawab panggilan tersebut, yang kedengaran hanyalah hembusan nafas dan kemudian diikuti oleh hilaian ketawa yang panjang. Daripada switchboard tu, mereka tahu bilik mana yang membuat panggilan dan menyuruh guard pergi check bilik-bilik terbabit (walaupun mereka tahu dalam register tak ada orang di bilik terbabit) dan guard tersebut selalunya mendapati bilik itu tidak dihuni oleh sesiapa pun.
Begitulah kisah seram aku berdasarkan pengalaman aku sendiri. Mungkin tidak seram seperti yang korang harapkan tapi aku telah menulisnya dengan cara aku sendiri. Jangan cuba tanya nama hotel tersebut kerana aku tidak akan memberitahu. Yang boleh ku katakan, hotel tersebut terletak di Sungai Petani.



Selanjutnya

Tuesday, 9 December 2014

Adakah Sekolah Anda Paling Menyeramkan di Malaysia? Semak Di Sini !!!

Adakah Sekolah Anda Paling Menyeramkan di Malaysia? Semak Di Sini !!! | Sekolah dan cerita hantu seram berpisah tiada. Walaupun pelajar sekolah silih berganti tetapi kisah-kisah hantu sekolah sentiasa diceritakan setiap tahun daripada satu batch kepada batch yang lain. 


Disini kami senaraikan beberapa sekolah yang paling angker sekali dalam Malaysia ni. Cuba semak mana tahu nama sekolah anda juga turut tersenarai…

1. Penang Free School, Pulau Pinang.

Merupakan sekolah tertua di Malaysia, pastinya banyak kisah-kisah yang menyeramkan disini. Tak percaya? Boleh tanya sendiri dengan bekas pelajar sekolah ini… 

2. SMK Siburan, Sarawak. 


Terletak di bumi Kenyalang, tidak banyak maklumat yang diperoleh mengenai sekolah ini tetapi menurut sumber, cerita menakutkan yang datang daripada sekolah ini kebanyakannya benar-benar berlaku. 

3. St Michael Institution Ipoh, Perak. 


Sekolah ini juga dilaporkan sangat keras, atas banyak faktor.. kami bimbang ramai yang tidak dapat tidur lena kalau diceritakan kisahnya.. 

4. Sekolah Menengah Victoria (Victoria Institution), Kuala Lumpur. 


Kuala Lumpur yang dahulu sangat berbeza dengan apa yang anda lihat sekarang. Kalau berani anda boleh cuba bermalam selama dua atau tiga hari di VI dan kami pasti anda tahu. 

5. Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak. 


Rasanya ramai yang kenal sekolah ni kerana kejayaannya melahirkan ramai tokoh-tokoh terbilang negara. Tetapi jangan dilupakan bahagian seramnya tetap ada. Awas.. Ada lagi tak sekolah yang lebih menyeramkan di Malaysia selain 5 sekolah yang kami senaraikan di atas? via TheVocket.




Selanjutnya

Thursday, 27 November 2014

Hasil Gambar Yang Di Ambil Pada Waktu Malam Di Tepi Paya Ini Amat Mengejutkan

Hasil Gambar Yang Di Ambil Pada Waktu Malam Di Tepi Paya Ini Amat Mengejutkan  | Bertembung dengan seekor buaya di siang hari sudah cukup menakutkan apatah lagi pertembungan dengan sekumpulan buaya pada waktu malam gelap gelita! Langkah seribu jawabnya! Haha. Tetapi, bagi jurufoto Larry Lynch, beliau mengambil peluang tersebut dengan menghasilkan karya fotografi yang menarik dan menggerunkan. Tunggulah sehingga anda melihat pasangan mata buaya-buaya yang berjaya dirakamnya dalam gambar-gambar tersebut....Sangat menakutkan!



Mata buaya-buaya ini sebenarnya bukanlah berwarna merah, tetapi ia kelihatan begitu kerana ada reseptor khas di dalam mata haiwan tersebut yang digunakan ketika dalam kegelapan atau dalam keadaan yang kurang cahaya. Reseptor tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama seperti mata kucing tetapi ia memantulkan warna merah berbanding reseptor mata kucing yang memantulkan warna hijau ketika dipancarkan flash..... 



Untuk mendapatkan gambar yang sebegini, Larry mengambil risiko memasuki kawasan paya dalam keadaan yang betul-betul gelap.... Mengimbas kembali ketika sesi photoshoot ini dijalankan, Larry berkata “Segalanya bercampur baur ketika saya melakukannya. Di antara melutut di dalam lumpur hitam setebal beberapa inci, kepanasan, kelembapan dan gigitan nyamuk yang dahagakan darah, tetapi hanya satu dalam fikiran saya iaitu ‘ambil gambar yang terbaik dan berambus dari tempat itu’.... Nasib baik Larry berjaya keluar dari tempat itu dengan selamat. Lihatlah gambar yang terhasil, amat menakjubkan. 


Setiap titik merah yang menyala itu adalah mata buaya-buaya yang berada di dalam paya malam tersebut. Memang saya tak mahu berada di situ di malam hari, semua buaya tersebut kelihatan amat kelaparan dan menggerunkan!!!!!!!!!!! via Penghulu Belantara.



Selanjutnya

Friday, 7 November 2014

Inilah Dalang Di Sebalik Gambar Pocong Di Hospital Kulim

Inilah Dalang Di Sebalik Gambar Pocong Di Hospital Kulim | Lain yang dirakam, lain yang dapat! Seorang kakitangan awam terkejut apabila kamera telefon bimbitnya merakam objek aneh berhampiran bilik mayat di sebuah hospital, malam kelmarin. Dia yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika dalam perjalanan keluar ke tempat letak kereta dan ingin mengambil gambar kerusi roda bagi tujuan sumbangan. Katanya, setelah sampai ke rumah, dia melihat semula beberapa gambar diambil sebelum terlihat imej asing seperti pocong di laluan bilik mayat berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa dan Pendaftar Nikah, Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK), Azmi Rejab berkata, kewujudan syaitan dan iblis adalah benar dan sentiasa menyesatkan manusia. “Kita tidak perlu takut dengan kehadiran imej sedemikian sebaliknya kita perlu terus beriman kepada ALLAH SWT,” katanya. Kalau dilihat pada gambar, imej berbungkus sedang duduk di kerusi depan bilik mayat memang kelihatan amat jelas, justeru mustahil kalau tukang ambil gambar ni tak perasan ianya ada sewaktu butang kamera ditekan betul tak? Memang meremang roma dibuatnya….

Nampak sangat tipunya... Dulu gambar pontianak di Hospital Banting (LINK). Sekarang pocong kat Hospital Kulim pulak. Maka, ramai la nanti staff perubatan kat sana yang ambil MC konon takutkan mende-mende alah tu. Tektik biasa. Alasan untuk ponteng kerja. Haha.

Selanjutnya

Tuesday, 4 November 2014

Gambar Pontianak Di Hospital Banting Yang Viral Cetus Ketakutan

Gambar Pontianak Di Hospital Banting Yang Viral Cetus Ketakutan | Imej lembaga kononnya didakwa menyerupai pontianak di Hospital Banting yang dirakamkan oleh pihak tertentu kini mula tersebar di laman sosial Facebook (FB) sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Meskipun ada pihak menganggap ia sebagai tahyul, namun tanggapan ramai dalam kalangan masyarakat yang mempercayai kewujudan makhluk halus juga tidak boleh diketepikan.


Bekas Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Abd Samad Maharudin berkata, beliau percaya keadaan itu wujud. Namun katanya, masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh sehingga menakut-nakutkan pelanggan hospital. Beliau yang pernah menjadi Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar, Datuk Harun Idris memaklumkan, pada asalnya tapak kawasan Hospital Banting dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat merupakan kawasan ladang getah dan kelapa sawit. Justeru katanya, kewujudan makhluk halus di kawasan-kawasan berkenaan tidak dapat dinafikan. 

Bagaimanapun, beliau tetap menegaskan bahawa hal tersebut tidak wajar dijadikan isu utama kerana bimbang ia disalah tafsir, sedangkan yang Maha Berkuasa adalah ALLAH SWT. "Masa tu, kawasan tersebut adalah milik sebuah syarikat swasta yang mengusahakan ladang getah dan kemudian di jadikan ladang kelapa sawit. Selepas pembinaan bangunan hospital dilakukan, tidak pula pernah dengar ada jelmaan makhluk halus. Cuma… jika betullah seperti yang kecoh sekarang ni, saya cuma anggap itu sebagai petunjuk dari ALLAH, untuk manusia beringat-ingat. 

"Lagipun hospital… biasalah. Hospital kan tempat banyak berlaku insiden ngeri macam pesakit mati kemalangan, mati dibunuh, mati bunuh diri, atau pun mati sakit. Itu perkara biasa, tapi janganlah pula ia dijadikan satu kebimbangan yang tidak sepatutnya kepada masyarakat. "Mengenai gambar-gambar (pontianak) tu, boleh jadi ia telah diedit. Bagi saya mudah saja, selagi ia tak kacau masyarakat biarkanlah. Tapi jika ada gangguan, pihak pengurusan hospital perlu ikhtiar melakukan sesuatu," katanya yang mahukan masyarakat berhenti menyebarkan foto berkaitan makhluk halus berkenaan di laman sosial ataupun menerusi lain-lain medium. 

Abd Samad berkata, beliau mahu masyarakat memanfaatkan kemudahan yang ada dengan baik dan tidak mencetuskan keadaan yang boleh mencetuskan kebimbangan dalam masyarakat. "Saya yakin masyarakat boleh buat pertimbangan yang wajar akan situasi yang berlaku ini," katanya yang juga merupakan bekas Adun Morib sekitar tahun 1995. Bukan rakaman CCTV hospital Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Banting, Abdul Razak Khasbullah berkata, beliau belum pernah menerima aduan daripada pihak pengurusan hospital atau aduan awam mengenai sebaran gambar tersebut. 

Bagaimanapun, beliau memaklumkan telah bertemu dengan pengarah hospital berhubung hal berkenaan dan merumuskan kejadian itu tidak pernah berlaku di dalam wad apatah lagi ia hanya sebuah rakaman melalui telefon bimbit dan bukannya melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) milik hospital. "Bagi saya senang, dalam Islam kita tak boleh meragui kewujudan makhluk-makhluk berkenaan. Cuma, apa yang perlu diberi perhatian adalah pihak yang mengirimkan gambar-gambar berkenaan agar berhenti menyebarkannya jika hanya nak menakut-nakutkan orang ramai. "Paling penting kejadian itu pun bukan boleh dilihat oleh semua orang… hanya insan-insan terpilih sahaja yang boleh nampak. Jadi tak perlulah nak sebarkan gambar-gambar seumpama itu. Ini penting bagi mengelakkan keraguan dan kebimbangan di kalangan masyarakat," katanya yang turut memaklumkan hospital tersebut telah dibina sejak tahun 1974. 

Simpan buat koleksi peribadi je la. Sementara itu, seorang orang awam, Adenan Yusop, 50, berkata, dia tidak pernah melihat atau terdengar khabar angin mengenai sebaran gambar menyerupai pontianak itu walaupun percaya kewujudan makhluk halus. "Pihak yang dapat rakam gambar 'benda' tu tak payahlah nak sebar-sebarkannya… bagi takut orang ramai buat apa. Nanti orang yang sakit takut nak datang hospital, bukankah dah bagi masalah tu. "Apa lebih elok, pihak tu simpan sendiri semua gambar pontianak tu jadi koleksi peribadi. Lagipun, kejadian makhluk halus ni tak boleh dibuat main-main… jika benarlah ada, hal ni perlu diambil serius… bukannya memutar belitkan maklumat," katanya. via Sinar Harian Online.

Selanjutnya

Kisah Seram Misteri Gambar Hantu Selfie

Kisah Seram Misteri Gambar Hantu Selfie | Selfie atau mengambil gambar sendiri kini menjadi kegemaran semua orang tanpa mengira usia, di seluruh dunia. Tapi siapa sangka, trend ini turut diikut oleh ‘makhluk lain‘. Tak percaya? Saksikan gambar di bawah dan penerangannya:



(Beberapa bulan lalu sepupu kepada kawan saya membeli sebuah telefon bimbit baru. Satu hari selepas balik kerja dia meletakkan telefon tersebut di atas meja lalu mula menonton televisyen. Anaknya datang lalu meminta untuk bermain dengan telefon bimbit tersebut. Dia membenarkan dengan syarat jangan menelefon sesiapa atau membuka mesej. Sekitar 11.20 malam dia mula berasa mengantuk lalu ke bilik anaknya untuk memeriksa. 

Ternyata anaknya tiada di situ. Rupa-rupanya si anak tertidur dalam biliknya dengan telefon masih di tangan. Dia mula memeriksa jika ada perubahan dilakukan anaknya pada telefon bimbit. Didapati, hanya perubahan kecil dilakukan seperti menukar gambar latar. Seterusnya dia membuka bahagian ‘Pictures’ dan mula memadam gambar-gambar yang diambil. Hinggalah apabila tiba di gambar terakhir, dia tersentak… Gambar itu menunjukkan anaknya sedang tidur di atas katil tetapi diambil oleh ‘orang lain’. Separuh daripada wajah pengambil dapat dilihat dan menyerupai wajah perempuan tua!) 


Seram tak? Kewujudan makhluk selain manusia memang sesuatu yang tidak dapat dinafikan. Tapi sama ada gambar dan cerita di atas benar, wallahu’alam. via Mynewshub.

Selanjutnya

Monday, 3 November 2014

Kisah Seram Ini Berlaku Dekat Ampang Baru-Baru Ini .. 2014

Kisah Seram Ini Berlaku Dekat Ampang Baru-Baru Ini .. 2014 | Ada seorang kawan ini seorang salesman kereta, bercinta dengan seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana dia ni seorang salesman kereta sahaja.

Satu malam, mereka bercadang untuk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dengan mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah. Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak perempuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. 

Enam bulan kemudian, mereka bercadang untuk berkahwin dan persiapan untuk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikan cerita, Semasa lelaki ini pergi membeli Kentucky Fried Chicken KFC kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya. 

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya. Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya. Malam ke tiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. 

Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada... Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya.. Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa... 

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan.. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini...?" Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letakkan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..... 

Mesti tekun kan korang bacakan ? jangan marah ..ye..seyum.. wakawakawakaaaaa..

Selanjutnya

Saturday, 1 November 2014

Kisah Seram Anak Patung Annabelle Yang Ramai Tidak Tahu

Kisah Seram Anak Patung Annabelle Yang Ramai Tidak Tahu | Kaki wayang atau kaki movie yang pernah tengok movie The Conjuring,mesti anda pernah tengok patung Annabelle. Tetapi, patung Annabelle yang dalam movie itu memang bagai langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan yang real. Real punya patung Annabelle itu, rupa dia tak seseram macam dalam movie tu, rupa dia memang comel, serious aku tak tipu. Nama yang digunakan dalam filem tu, semua nama betul. Dan sekarang, patung Annabelle disimpan dan dijaga ketat di dalam sebuah gereja di USA.

 
Annabelle, merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 yang dibentangkan di buku Demonologist. Dan kes ini adalah kes yang paling luar biasa yang pernah direkod dalam buku itu. Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya, Donna, pada hari lahirnya. 

Pada masa tu, Donna ialah pelajar di kolej, bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian. Masa tu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan tentang patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh.



Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi. Pada suatu malam tu, Donna pulang daripada kerja dan mencari sekali lagi patung Annabelle tu, dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar. 

Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins. Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie. via terbakor.com.

Selanjutnya

Tuesday, 21 October 2014

Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport

Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport | Aku nak rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

 
Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan. Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer... 

Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb... Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah.... 

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho.... Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti... 

Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya... 

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu... 

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul.... Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " 

Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul... 

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat. 

Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman... 

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya. Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya. 

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga. Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini... 

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa pun... 

Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... Semuanya dalam kekuasaanNYA.


Selanjutnya