Sunday 3 May 2015

Punca KEBONGKAKKAN Kelab Myvi... Ada Abang Ipar Polis Katanya !!!

Punca KEBONGKAKKAN Kelab Myvi... Ada Abang Ipar Polis Katanya !!! | Katanya semua boleh settle dan kes boleh lepas sebab ada abang ipar polis berpangkat pegawai yang boleh tolong katanya.. Kalau dah satu Malaysia tibai akhlak ko kat jalanraya.. Kalau ayah ko ketua polis negara pun akan MALU nak backup ko dik oiiiii..... Kan ?






Selanjutnya

Saturday 2 May 2015

3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!!

3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!! | Tidak dinafikan, ramai netizen yang mahu perkara ini disiasat sebelum menuduh 6 pemandu Myvi yang juga ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) berlumba secara haram di lebuh raya Duke sehingga menyebabkan 3 beranak maut dalam kemalangan.


Tampil pula dua orang saksi yang mendakwa mereka berada di tempat kejadian dan menyaksikan di depan mata sendiri di mana mangsa tercampak keluar dari kereta.

BACA : 13 GAMBAR PENUH KEMALANGAN 6 MYVI LUMBA HARAM - LINK
BACA : Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!! - LINK
BACA : INILAH PENAFIAN WAKIL KELAB MYVI FMC YANG BUAT RAMAI ORANG MARAH - LINK

"Ini gambar asal. Saya ada masa kejadian.Jangan nak tegakkan benang yang basah. Jangan cakap Myvi ni tak berlumba. Nyaris pemandu tak kena belasah dengan ahli keluarga mangsa yang meninggal. Sampai nenek dan emak mangsa datang ke tempat kejadian. Mak mangsa pengsan di situ melihat anaknya meninggal dunia di tempat kejadian. Terima kasih," kata Hafiz Zulkifli.

Di bawah pula kenyataan dari saksi kedua bernama Muhammad Zaki.

"Salam, saya saksi kejadian dan telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Keluarga itu tercampak keluar depan mata saya dan bayi itu.. Sungguh saya tak boleh terima hakikat. Aku tak nak cerita banyak, biar polis buat kerja. Tapi cukup ada video dan bukti-bukti selainnya. Mahkamah Allah ada, jangan risau.

"Cerita dia bermula apabila saya dekat Tol Ayer Panas, tapi menghala ke Exit Gombak. Memang budak-budak Myvi ini berlumba atas jalan tu. Selang 10 saat, saya dah nampak Pajero itu berpusing terbalik dan semua tercampak keluar. Dua buah kereta FMC terlibat, tetapi selebihnya (4 ahli FMC) berhenti dan selepas itu hilang. 

"Saya nampak bayi itu tercampak keluar. Allahu.. agak-agaknya apa perasaan aku? Nak menipu lagi ke?," katanya.

Saksi kedua turut menceritakan detik-detik selepas kemalangan. KREDIT THEHYPEMEDIA.




Selanjutnya

5 PEMIMPIN NEGARA paling DIBENCI Dunia... Yang TERAKHIR Tu Anda Memang Nak TUMBUK !!!

5 PEMIMPIN NEGARA paling DIBENCI Dunia... Yang TERAKHIR Tu Anda Memang Nak TUMBUK !!! | Berikut merupakan 5 pemimpin yang paling dibenci dalam sejarah manusia atas kekejaman yang pernah dilakukan. KREDIT DAIRISHARE.

Pol Pot
Saloth Sar Aka Pol Pot dan Khmer Merah parti politiknya yang memerintah Kemboja selama empat tahun (1975-1979), tetapi orang-orang Kemboja tidak memiliki kenangan yang baik dari pemerintahannya, mereka ingat Pol Pot sebagai penguasa yang sadis. selama pemerintahannya sekitar 2 juta rakyat Kemboja mati kerana kelaparan, pembunuhan politik, kerja paksa dll. Kekuasaan Pol pot berakhir selepas pencerobohan Kemboja oleh negara jiran Vietnam pada tahun 1979, pembunuhan beramai-ramai selama pemerintahan Pol pot itu yang biasanya disebut sebagai Genosid Kemboja.

Adolf Hitler
Adolf Hitler (20 April 1889) adalah diktator Jerman yang terkenal, dianggap bertanggungjawab terhadap Holocaust; Adolf Hitler memerintah Jerman 1934-1945 sebagai penguasa mutlak. Adolf Hitler menjadi presiden Nasional Parti Pekerja Sosialis Jerman pada tahun 1932. Menurut anggaran antara 1939 dan 1945, kekuasaan Hitler membunuh lebih dari 14 juta orang, termasuk enam juta orang Yahudi, orang-orang mati di kem-kem tahanan, ghetto dan pelaksanaan massa, selain cara yang disebutkan di atas, banyak orang mati kelaparan dan penyakit ; Kekuasaan Hitler berakhir tepat setelah perang Jerman melawan Rusia pada Jun 1941, ketika pasukannya kalah perang dari Rusia; Hitler mati pada 30 April, 1945 selepas membunuh diri.

George W Bush
George W Bush (lahir 6 Julai 1946) sebagai presiden Amerika Syarikat 2001-2008, George Bush adalah salah satu presiden Amerika paling kontroversi dan dibenci, ia terpilih sebagai Presiden dalam pilihan raya yang sangat kontroversial 2001 dan dia juga bertanggung jawab memulakan perang terhadap keganasan yang terkenal pada tahun 2001.

Menurut para ahli, dunia dan khususnya dunia Islam membenci Bush, kerana polisi luar negerinya. Dunia sedang menghadapi kekacauan dan kehancuran; Menurut kajian yang berbeza dari orang awam Amerika juga tidak begitu senang dengannya, terutama kerana pengeluaran tentera yang berat dan causalities awam perang melawan keganasan, sehingga ketika ini Amerika Syarikat telah menghabiskan $ 704.000.000.000 hanya di Iraq, selain itu , lebih dari 5000 tentera dan beratus-ratus orang awam terbunuh dalam perang yang tidak popular.
Joseph Stalin
Pada tahun 1924, setelah kematian Lenin, Joseph Stalin menjadi pemimpin Soviet Union, dianggarkan lebih dari 60 juta orang mati di bawah pemerintahan diktator ini, ia juga dianggap bertanggung jawab atas kelaparan rakyat Soviet 1932-1933.

Menurut catatan rasmi Rusia, Stalin mengupah sekitar 800,000 orang untuk kejahatan politik dan jenayah.

Selama tahun 1932-1933, akibat polisi pertanian Stalin gagal, Rusia dan terutama Ukraine menghadapi salah satu kelaparan terburuk dalam sejarah Soviet, diyakini bahawa 6 hingga 8 juta orang meninggal dalam bencana kelaparan ini, di Ukraine kelaparan ini dikenali sebagai Holodomor.

Ariel Sharon
Ariel Sharon (lahir 1928) memegang jawatan sebagai Perdana Menteri 11 Israel dari bulan Mac 2001 hingga April 2006, ia juga menjabat sebagai komander di Angkatan Darat Israel dari tahun 1940-an hingga awal 1970-an, ia mengambil bahagian dalam Perang Kemerdekaan 1948, 1956 Suez War , Perang 6 Hari tahun 1967, dan Perang Yom Kippur-1973. Setelah bersara dari tentera, Sharon bergabung dengan Parti Likud sayap kanan, dia sangat menyokong pembangunan penempatan Israel dibenarkan di tepi Barat dan Jalur Gaza pada tahun 1970, 1980 dan 1990-an.

Pada tahun 1983, sebuah suruhanjaya ditubuhkan oleh Kerajaan Israel untuk menyiasat insiden yang berkaitan dengan perang Lebanon 1982, didapati bahawa Ariel Sharon secara tidak langsung bertanggung jawab atas pembunuhan beramai-ramai orang awam di Sabra dan Shatila, ketika ia menteri pertahanan Israel.
Selanjutnya

Anda Pasti Merasa PELIK DAN BINGUNG Dengan Perubahan Lelaki Ini !!!

Anda Pasti Merasa PELIK DAN BINGUNG Dengan Perubahan Lelaki Ini !!! | Gara-gara tidak mahu lagi terasa terasing daripada anaknya, seorang bapa bertindak di luar dugaan dengan menukar imej dan jantinanya menjadi perempuan.

Roxy Wallace, 50 tahun, sudah lama menderita akibat tekanan luar biasa yang menyebabkan dia menjauhkan diri daripada keluarga termasuk anak tunggalnya, William, 9 tahun. Sejak zaman mudanya, Wallace gemar memakai pakaian wanita dan menganggap ia membantu mengatasi tekanan yang dihadapinya.

Namun tabiat itu dihentikan selepas bertemu dan mengahwini isterinya, Jo, pada tahun 1995. Ia bagaimanapun menjadikan tekanan yang dihadapi semakin teruk. Pun begitu, Wallace akhirnya berterus-terang dengan isterinya tentang tabiat peliknya itu dan nyata, Jo dapat menerima situasi itu dengan baik.

Wallace yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, memberitahu Jo yang dia mahu hidup sebagai wanita dan ia mendapat sokongan daripada isterinya.

"Sudah 20 tahun saya mencintainya, dan saya cuma mahu dia bahagia," kata Jo. Keputusan itu bukan sahaja memberi kepuasan dan ketenangan kepada Wallace tetapi dia juga berjaya memperbaiki hubungan dengan anaknya, yang merupakan seorang kanak-kanak autistik.

"Saya sayang ibu kedua saya," kata William. Wallace kini mengambil ubat hormon dan dijangka menjalani pembedahan hujung tahun ini. KREDIT DAIRISHARE.





Selanjutnya

Friday 1 May 2015

Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!!

Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!! | Satu kemalangan yang menyebabkan tiga maut berlaku di Lebuhraya DUKE menghala ke arah Damansara kira-kira pukul 12.30 tengah malam tadi.


Kejadian berlaku apabila enam buah Perodua Myvi berlumba di atas jalan raya tersebut dan kemudiannya salah sebuah daripadanya melanggar sebuah Pajero. – Astro Awani

Pasangan Suami Isteri Meninggal Di Tempat Kejadian


Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

BACA : 13 GAMBAR PENUH KEMALANGAN 6 MYVI LUMBA HARAM - LINK
BACA : 3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!! - LINK
BACA : INILAH PENAFIAN WAKIL KELAB MYVI FMC YANG BUAT RAMAI ORANG MARAH - LINK

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan berlaku apabila Pajero dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri. – Harian Metro

Pemandu & Penumpang Tercampak di Atas Jalan Raya

“Akibatnya, Pajero itu berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.
Pemandu Myvi di lorong kiri tidak cedera, manakala satu lagi pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL.”
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957. – Harian Metro

Facebook Page Familia Myvi Club Diserang


Susulan itu, orang ramai yang berang dengan kemalangan maut itu telah ‘menyerang’ laman facebook rasmi kumpulan tersebut dan mendesak pemandu-pemandu yang terlibat supaya menyerah diri kepada pihak berkuasa.

“Korang telah menyebabkan anak buah aku jadi yatim piatu…”


Namun, apa yang paling menyayat hati apabila salah seorang keluarga mangsa turut memberi komen di laman facebook berkenaan.


Kami berharap agar mereka yang bertanggungjawab segera menyerahkan diri kepada pihak berkuasa. Berani kerana benar, takut kerana salah. KREDIT OHBULAN.



Selanjutnya