Tuesday 12 July 2016

Anjing Ni Temui SESUATU Yang Buat Polis Ni Lari Lintang Pukang. Jangan TERKEJUT !!!

Anjing Ni Temui SESUATU Yang Buat Polis Ni Lari Lintang Pukang. Jangan TERKEJUT !!! | Apa yang dijumpai anjing ini dalam semak itu hingga membuatkan polis lelaki hitam ini lari lintang pukang pasti buat anda pengsan tengok. Jangan tonton video penuh di bawah kalau takut tengok darah dan tak kuat semangat. 


Baru-baru ini, netizen heboh dengan seseorang yang memuat naik video seorang polis yang berwajah gelap di Afrika Selatan dan anjing pengesan sebelum rakannya menyuruh polis itu untuk mengenalpasti kenapa anjing terus menyalak. 

Polis itu kemudian mendekati anjing tersebut dan dia terus berlari tunggang-langgang dan wajahnya berubah pucat. Ternyata, si anjing yang menyalak disebabkan takut dengan haiwan seperti ular. Ular itu sengaja dilepaskan oleh rakan-rakan polisnya dan polis berwajah gelap itu pun takut pada ular, Itulah yang membuatkannya lari tunggang langgang. 

Selain itu, anjing adalah salah satu haiwan yang paling dekat dengan manusia. Anjing juga boleh bersahabat baik dengan manusia. Oleh sebab itu, banyak orang yang memanfaatkan anjing untuk haiwan kesayangan. Melihat video tersebut, netizen malah mengutuk polis tersebut kerana dia takut kepada ular. KREDIT INFOBERITA.

Selanjutnya

Inilah PUNCA UTAMA Aidil Dan Safiq BERSARA MENGEJUT Dari Harimau Malaya !!!

Inilah PUNCA UTAMA Aidil Dan Safiq BERSARA MENGEJUT Dari Harimau Malaya !!! | Pemain pertahanan skuad Harimau Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak hari ini mengumumkan persaraannya daripada pasukan bola sepak kebangsaan. Aidil Zafuan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers berkata, keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada pemain muda. 


"Saya, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan dan ingin memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang," katanya. Pemain berusia 28 tahun dari Seremban itu telah membuat 68 penampilan bersama skuad negara sejak Julai 2007. 

Menurut pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu, beliau cukup berbesar hati dapat membantu Harimau Malaysia mencapai beberapa kejayaan termasuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2009. 

Sementara itu, Safiq Rahim turut menyatakan hasrat yang sama menerusi laman Facebook rasmi Johor DT itu hari ini. "Sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya. 

"Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara. 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya di dalam skuad kebangsaan terutama penyokong-penyokong bola sepak tanahair, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM," ujarnya. KREDIT SINAR HARIAN via INFOBERITA.

Selanjutnya