Tuesday, 12 July 2016

Anjing Ni Temui SESUATU Yang Buat Polis Ni Lari Lintang Pukang. Jangan TERKEJUT !!!

Anjing Ni Temui SESUATU Yang Buat Polis Ni Lari Lintang Pukang. Jangan TERKEJUT !!! | Apa yang dijumpai anjing ini dalam semak itu hingga membuatkan polis lelaki hitam ini lari lintang pukang pasti buat anda pengsan tengok. Jangan tonton video penuh di bawah kalau takut tengok darah dan tak kuat semangat. 


Baru-baru ini, netizen heboh dengan seseorang yang memuat naik video seorang polis yang berwajah gelap di Afrika Selatan dan anjing pengesan sebelum rakannya menyuruh polis itu untuk mengenalpasti kenapa anjing terus menyalak. 

Polis itu kemudian mendekati anjing tersebut dan dia terus berlari tunggang-langgang dan wajahnya berubah pucat. Ternyata, si anjing yang menyalak disebabkan takut dengan haiwan seperti ular. Ular itu sengaja dilepaskan oleh rakan-rakan polisnya dan polis berwajah gelap itu pun takut pada ular, Itulah yang membuatkannya lari tunggang langgang. 

Selain itu, anjing adalah salah satu haiwan yang paling dekat dengan manusia. Anjing juga boleh bersahabat baik dengan manusia. Oleh sebab itu, banyak orang yang memanfaatkan anjing untuk haiwan kesayangan. Melihat video tersebut, netizen malah mengutuk polis tersebut kerana dia takut kepada ular. KREDIT INFOBERITA.

Selanjutnya

Inilah PUNCA UTAMA Aidil Dan Safiq BERSARA MENGEJUT Dari Harimau Malaya !!!

Inilah PUNCA UTAMA Aidil Dan Safiq BERSARA MENGEJUT Dari Harimau Malaya !!! | Pemain pertahanan skuad Harimau Malaysia, Aidil Zafuan Abdul Radzak hari ini mengumumkan persaraannya daripada pasukan bola sepak kebangsaan. Aidil Zafuan menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Johor Southern Tigers berkata, keputusan itu diambil bagi memberi laluan kepada pemain muda. 


"Saya, Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan bersara daripada skuad kebangsaan dan ingin memberi peluang kepada pemain muda untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang," katanya. Pemain berusia 28 tahun dari Seremban itu telah membuat 68 penampilan bersama skuad negara sejak Julai 2007. 

Menurut pemain pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) itu, beliau cukup berbesar hati dapat membantu Harimau Malaysia mencapai beberapa kejayaan termasuk memenangi pingat emas Sukan SEA 2009. 

Sementara itu, Safiq Rahim turut menyatakan hasrat yang sama menerusi laman Facebook rasmi Johor DT itu hari ini. "Sudah tiba masanya untuk saya bersara daripada skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya. 

"Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara. 

"Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya di dalam skuad kebangsaan terutama penyokong-penyokong bola sepak tanahair, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM," ujarnya. KREDIT SINAR HARIAN via INFOBERITA.

Selanjutnya

Sunday, 7 June 2015

Selepas GAMBAR Heret Mayat Pendaki VIRAL.. Inilah Jawapan Dari HQ Bomba Yang MENGEJUTKAN Ramai !!!

Selepas GAMBAR Heret Mayat Pendaki VIRAL.. Inilah Jawapan Dari HQ Bomba Yang MENGEJUTKAN Ramai !!! | Hanya kerana sekeping gambar, anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia dikecam teruk oleh netizen atas tuduhan mengheret mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu. Tindakan tidak bertanggungjawab individu bernama Hanzer Axer, Sapp Warren Sabah, Kilenius Sitih dan beberapa blogger murahan telah mencemarkan imej Bomba dengan niat sengaja mengaibkan pasukan penyelamat itu.

Berikutan itu, pihak Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat di Putrajaya terpaksa mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan keadaan sebenar. 

"Satu gambar telah menjadi viral akibat pihak yang tidak bertanggungjawab memuat naik gambar yang tidak sepatutnya. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menafikan sekeras-kerasnya atas apa yang diviralkan. Kami pasukan penyelamat di Malaysia sedang bertungkus lumus dan bertarung nyawa untuk menyelesaikan amanat yang digalas oleh pihak kami. Tidak berlaku seperti apa yang digambarkan. 

Gambar berkenaan merujuk kepada seorang anggota penyelamat sedang 'menyeret' mangsa gempa bumi tidak berlaku sama sekali. Sebaliknya anggota terbabit sedang menunggu rakan penyelamat yang lain untuk mengangkat bersama. Harap Maklum." 

Demikian penjelasan dari pihak Bomba dan Penyelamat Ibu Pejabat. Individu dan blogger terlibat dalam penyebaran gambar berserta dengan tuduhan tidak berasas itu dilihat mahu menjadi orang pertama yang memviralkan segala-segalanya berkenaan kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini. 

Orang ramai dinasihatkan agar tidak cepat percaya dengan apa yang tersebar. Sebaliknya mendapatkan maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. KREDIT THE HYPEMEDIA.




Selanjutnya

Saturday, 6 June 2015

Dalam Diam-Diam... Felixia Yeap Akhirnya SAH Bergelar Isteri !!!

Dalam Diam-Diam... Felixia Yeap Akhirnya SAH Bergelar Isteri !!! |  Gambar pernikahan Raisyyah Rania Yeap atau sebelum ini dikenali dengan nama Felixia Yeap kini sedang hangat berlegar di Internet. Dia dikatakan sudah pun bernikah dengan lelaki pilihan.


Menurut sumber kami, lelaki pilihan Felixia Yeap ini adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad (sebuah agensi di bawah MOSTI) bernama Dr. Rezal Khairi Ahmad.

Pada Mac lau, Felixia pernah menjelaskan di laman Facebook miliknya bahawa dia masih lagi bujang dan belum berpunya setelah diasak dan digosipkan mempunyai hubungan dengan kerabat diraja namun dinafikan oleh model ini sendiri.

Apa pun, peminat sudah mula membanjiri ruagan komen dengan ucapan tahniah di laman sosialnya malah ada yang bersedih kerana tidak dapat menjadi lelaki pilihan Felixia. Semoga keluarga ini sentiasa dilimpahkan rezeki selain dipermudahkan segala urusan. KREDIT ROTIKAYA.




Selanjutnya

Inilah Status Facebook Anggota Polis Wanita Terhadap Sultan Johor dan Pahang Yang Amat MENGEJUTKAN !!!

Inilah Status Facebook Anggota Polis Wanita Terhadap Sultan Johor dan Pahang Yang Amat MENGEJUTKAN !!! | "Raja Paling Sial", itulah kenyataan seorang wanita yang juga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dimuat naik di laman Facebook miliknya, semalam.


"Raja yang paling sial aku kenal Raja Johor dengan Raja Pahang. Raja Johor perangai macam iblis. Raja Pahang kaki perempuan. F*ck semua raja-raja yang ada dalam Malaysia ni. Bullshit," ktanya.

Tidak diketahui apakah motif anggota bernama Rashidah Rijal berpangkat konstabel ini. Namun, tindakannya itu dikritik oleh rakan-rakannya sendiri. 

Justeru, orang ramai meminta PDRM menyiasat akaun Facebook ini yang dipercayai anggota PDRM ini dan dikenakan tindakan tegas jika terbukti bersalah. - KREDIT THEHYPEMEDIA.COM




Selanjutnya

Sunday, 3 May 2015

Punca KEBONGKAKKAN Kelab Myvi... Ada Abang Ipar Polis Katanya !!!

Punca KEBONGKAKKAN Kelab Myvi... Ada Abang Ipar Polis Katanya !!! | Katanya semua boleh settle dan kes boleh lepas sebab ada abang ipar polis berpangkat pegawai yang boleh tolong katanya.. Kalau dah satu Malaysia tibai akhlak ko kat jalanraya.. Kalau ayah ko ketua polis negara pun akan MALU nak backup ko dik oiiiii..... Kan ?






Selanjutnya

Saturday, 2 May 2015

3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!!

3 Saksi Tampil Ceritakan KEJADIAN SEBENAR Ragut Nyawa 3 Beranak Buat Kelab FMC TERDIAM !!! | Tidak dinafikan, ramai netizen yang mahu perkara ini disiasat sebelum menuduh 6 pemandu Myvi yang juga ahli kelab Familia Myvi Club (FMC) berlumba secara haram di lebuh raya Duke sehingga menyebabkan 3 beranak maut dalam kemalangan.


Tampil pula dua orang saksi yang mendakwa mereka berada di tempat kejadian dan menyaksikan di depan mata sendiri di mana mangsa tercampak keluar dari kereta.

BACA : 13 GAMBAR PENUH KEMALANGAN 6 MYVI LUMBA HARAM - LINK
BACA : Luahan TERKINI Waris Keluarga MENINGGAL DUNIA Yang Bakal MANAMBAH KEMARAHAN Kepada Kelab FMC !!! - LINK
BACA : INILAH PENAFIAN WAKIL KELAB MYVI FMC YANG BUAT RAMAI ORANG MARAH - LINK

"Ini gambar asal. Saya ada masa kejadian.Jangan nak tegakkan benang yang basah. Jangan cakap Myvi ni tak berlumba. Nyaris pemandu tak kena belasah dengan ahli keluarga mangsa yang meninggal. Sampai nenek dan emak mangsa datang ke tempat kejadian. Mak mangsa pengsan di situ melihat anaknya meninggal dunia di tempat kejadian. Terima kasih," kata Hafiz Zulkifli.

Di bawah pula kenyataan dari saksi kedua bernama Muhammad Zaki.

"Salam, saya saksi kejadian dan telah membuat laporan polis mengenai perkara ini. Keluarga itu tercampak keluar depan mata saya dan bayi itu.. Sungguh saya tak boleh terima hakikat. Aku tak nak cerita banyak, biar polis buat kerja. Tapi cukup ada video dan bukti-bukti selainnya. Mahkamah Allah ada, jangan risau.

"Cerita dia bermula apabila saya dekat Tol Ayer Panas, tapi menghala ke Exit Gombak. Memang budak-budak Myvi ini berlumba atas jalan tu. Selang 10 saat, saya dah nampak Pajero itu berpusing terbalik dan semua tercampak keluar. Dua buah kereta FMC terlibat, tetapi selebihnya (4 ahli FMC) berhenti dan selepas itu hilang. 

"Saya nampak bayi itu tercampak keluar. Allahu.. agak-agaknya apa perasaan aku? Nak menipu lagi ke?," katanya.

Saksi kedua turut menceritakan detik-detik selepas kemalangan. KREDIT THEHYPEMEDIA.




Selanjutnya