Sunday, 30 November 2014

Kisah Benar Yang Terjadi Di Sebuah Bilik Temuduga

Kisah Benar Yang Terjadi Di Sebuah Bilik Temuduga | Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Sekadar Gambar Hiasan
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata

Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini.

Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari.

Bagus, satu jawapan yang baik, kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua.

KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua.

Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu.

Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga.

Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga.

Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT, jawab calon keempat dengan yakin sekali.

Haaa? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ? CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah.

Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.

LAGI CERITA LAWAK DI SINI --> LINK



Selanjutnya

Saturday, 29 November 2014

Kisah Yahudi Yang Menjadi Ahli Syurga - Siapakah Beliau?

Kisah Yahudi Yang Menjadi Ahli Syurga - Siapakah Beliau? | Pada suatu hari, al-Hashin ibn Salam duduk sambil membaca Taurat, Perjanjian Lama, kitab suci kaum Yahudi. Ia termasuk salah seorang pemuka agama Yahudi dari Bani Qaynuqa yang tinggal di bahagian timur Madinah. Sebagai seorang Yahudi, al-Hashin mengetahui, menjalankan ajaran agamanyadengan baik, dan mengikuti segala perintah Tuhan yang dituliskan dalam lembar-lembar yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. di Bukit Hawarib. Al-Hashin mengamati salah satu ayat dalam Taurat yang berbunyi, “Dan Tuhan dari Sinai, terbit dan muncul di Sair, kemudian bercahaya di Gunung Faran.


Al-Hashin ibn Salam menyedari kurnia dan anugerah dari Allah yang telah memberinya hidayah dan keimanan. Ia sering merenung dan berfikir serius. Dia antaranya ia memikirkan bahawa Allah telah mengutus Nabi Musa a.s. sebagai nabi dan utusan-Nya yang menyeru manusia ke jalan Tuhan. Setelah datangnya Nabi Isa a.s yang diutus di Palestin. Kini, seorang nabi lain diutus.

Namun, ia tidak diutus untuk tidak dan berasal dari kalangan Bani Israil seperti nabi-nabi sebelumnya, termasuk Nabi Daud, Sulaiman, Ishak, Yaakub, bahkan hingga Nabi Zakaria dan Isa a.s. Semuanya berasal daripada Bani Israil. Nabi yang baru ini berasal dari garis keturunan Ismail. Ia pun tidak muncul di Palestin, tetapi di Faran, tempat yang kini disebut Mekah. Nabi baru itu akan berhijrah ke Yastrib – yang kelak disebut Madinah al-Munawwarah.

Melalui pemikiran dan perenungannya yang jernih, al-Hashin sampai pada kesimpulan yang benar dan mencapai hakikat sejati. Kerana itu, ia sering berdoa kepada Tuhan agar memanjangkan umurnya sehingga dapat bertemu dengan nabi baru itu dan mengikuti ajarannya.

Al-Hashin menyibukkan dirinya dalam berbagai-bagai aktiviti sosial serta keagamaan, kerana ia termasuk ulama Yahudi, yang harus menasihati kaumnya. Akidah sebahagian mereka telah rosak dan sesat; mereka tidak lagi mengimani Tuhan dan melupakan ajaran-ajaran-Nya. Jiwa mereka cacat dan dinodai kejahatan, kebencian, dan kedengkian. Mereka mencampuradukkan antara kebaikan dan keburukan, antara yang hak dan yang batil dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Meskipun demikian, keburukan dan kerosakan akhlak sebahagian kaumnya tidak membuatnya beralih dari jalan yang benar. Ia tetap kukuh dalam keyakinannya kepada Tuhan, seraya menunggu datangnya khabar tentang nabi baru.

Akhirnya, al-Hashin mendengar khabar tentang seorang bernama Muhammad ibn Abdullah yang mendakwahkan agama baru dan mengajak manusia menyembah kepada Tuhan Yang Esa serta meninggalkan penyembahan berhala. Orang itu mengaku sebagai nabi dan utusan Tuhan. Kini, ia semakin yakin bahawa nabi yang dikhabarkan dalam Taurat itu telah datang. Semakin besar pula keinginan untuk bertemu dan bercengkerama dengannya.

Apakah ia belum mendengar khabar tentang datangnya seorang utusan Muhammad untuk penduduk Yastrib iaitu Mush’ab ibn Umair?

Pada suatu hari, Ketika sinar matahari mulai meredup dan beranjak menuju peraduannya, al-Hashin baru saja selesai mengerjakan kerja sehari-harinya di kebun kurma. Kelelahan, ia duduk di bawah pohon Kurma seraya menikmati semilir angin yang sejuk membelai tubuhnya. Kenikmatan suasana itu memberati kelopak matanya sehingga lama-kelamaan ia tertidur di bawah naungan pohon kurma itu.

Dalam tidurnya, ia bermimpi cukup aneh…

Dalam mimpinya itu ia berjalan-jalan dengan kepayahan melewati jalan setapak yang sempit. Di kiri kanannya banyak tumbuh semak-semak berduri yang menggoreskan luka-luka kecil pada kakinya. Ada banyak lubang dan bebatuan yang semakin membuatnya sulit berjalan. Ia banyak berhenti untuk menghela nafas, baru kemudian melanjutkan perjalanan.

Tiba-tiba, setelah lama berjala, ia melihat di sebelah kanannya sebuah jalan yang mulus, tidak berbatu, dan tanpa duri terpampang di hadapannya … jalan itu begitu mulus dan lapang. Di kiri kanannya tumbuh pepohon yang rimbun menaungi para pejalan. Segera ia beralih ke jalan itu dan merasakan kenikmatan serta kenyamanan … hatinya pun merasa tenang dan bahagia setelah kelelahan sekian lama.

Namun, belum lagi lama berjalan, ia telah terbangun dari tidurnya. Al-Hashin bangkit dengan fikiran masih dipenuhi bayangan mimpinya. Ia putar ulang mimpinya itu dan merenung: makna apakah yang dikandung mimpinya? Ia bertekad untuk menceritakan mimpinya itu kepada kaumnya.

Apakah mimpinya itu merupakan petanda mengenai kehidupan yang akan dijalani al-Hashin?

Al-Hashin pun tidak mengetahui jawapannya. Kerap kali ia putar ulang mimpi itu dalam kepalanya. Sementara itu, ayat Taurat yang selama ini menyibukkan fikirannya pun selalu terbayang dalam benaknya.

Tidak menunggu lama dalam peristiwa itu, al-Hashin mendengar khabar gembira bahawa orang yang dinantikannya itu, Muhammad putra Abdullah sang utusan Tuhan akan tiba di Yatsrib, sebagai Muhajirin bersama sahabatnya.

Nabi Muhammad s.a.w datang ke Yatsrub dan penduduk di sana menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan penghormatan. Dengan gembira menyambut kedatangan Muhammad, setiap orang mempersiapkan diri dan tampil dengan pakaian yang terbaik. Anak-anak dan kaum wanita melantunkan nyanyi puji-puji mengagungkan Muhammad. Setiap lelaki berusaha mengiringi langkah Muhammad dan sahabatnya Abu Bakar sejak memasuki Yastrib seraya berharap bahawa tamu agung itu berkenan singgah dan menjadi tamu di rumah mereka.

Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berjalan melintasi jalanan Yastrib diringi oleh semua orang yang berjalan di belakangnya dengan sukacita hingga mereka tiba di perumahan keluarga Amir ibn Auf.

Pada saat itu, al-Hashin tengah berada di puncak salah satu pohon kurmanya untuk membersihnya pelepah-pelepah yang kering. Ketika melihat kedatangan Rasulullah dan sahabatnya itu, ia berseru gembira, “Allahu Akbar!”

Sementara itu, di bawahnya berdiri Khalidah bint al-Harits yang, mendengar teriakan al-Hashin, lansung bertanya kepadanya, “Demi Allah, mendengar teriakaknmu, seakan-akan aku mendengar khabar kedatangan Musa ibn Imran. Anak saudaraku, mengapa kau berteriak seperti itu?”

Dengan rona muka yang bahagia al-Hashin segera turun dari pohon itu dan berkata pada bibirnya, 

“Bibi, ia memang saudaranya Musa, yang diutus oleh zat yang juga mengutus Musa. Itulah yang dikatakan Taurat.” Khalidah berkata lagi, “Anak saudaraku, apakah ia nabi yang dikhabarkan dalam Taurat, dan ia diutus saat ini, sekarang ini?”

“Benar.”

Al-Hashin ibn Salam segera bergabung dengan penduduk Yastrib lainnya menyambut kedatangan Nabi Muhammad saw. dengan perasaan bahagia kerana mendapatkan limpahan dan kurnia kebaikan dari Allah. Al-Hashin sendiri tidak henti-hentinya bersyukur kerana doanya dikabulkan sehingga dapat bertemu dengan Sang Nabi.

Kedatangannya Nabi s.a.w ke Yatsrib semakin menggelorakan hasrat al-Hashin untuk menemuinya. Ia segera pergi dan bergabung di majlis Nabi s.a.w, dan mendengar beliau menyeru orang-orang, “Wahai manusia, sebarkanlah salam kedamaian, berikanlah makanan, dan sambungkanlah tali kasih sayang (silaturrahim), dan solatlah di malam hari ketika orang-orang tidur nyenyak.”

Sungguh kalimat yang baik, murni, dan suci, kalimat yang bersumber dari hati yang tulus dan murni, hati yang memancarkan rasa aman, damai, dan cinta.

Al-Hashin merasa sangat berbahagia. Ketika memerhatikan wajah baginda Nabi saw., semakin ia yakin bahawa seruan yang didakwahkannya itu benar. Kalimat-kalimat semacam itu hanya akan keluar dari lisan seorang nabi, yang diutus membawa risalah daripada Allah.

Orang-orang yang hadir di sana berebut dan saling berdesakan agar mendapatkan kesempatan untuk menyatakan syahadat dan keislamannya di hadapan Nabi saw. Al-Hashin berhasil mendapat kesempatan bagus untuk masuk dan mengadap kepada Rasulullah, dan lansung menyatakan keimanannya kepada Allah dan Rasullah.

Lautan kebahagiaan lansung memenuhi dan menggelorakan jiwa al-Hashin. Berkali-kali ia ucapkan kalimat syahadat. Rasulullah menanyakan namanya, dan ia menjawab, “Hashin.”
Namun Rasulullah segera mencelah, “Bukan, tetapi Abdullah.”

Sejak hari itu, al-Hashin berubah menjadi Abdullah ibn Salam. Ia tak lagi seorang Yahudi. Kini, ia adalah seorang Muslim tulen.

Abdullah ibn Salam kembali pulang ke rumahnya, menemui keluarganya dan mengajak mereka kepada Islam. Mereka semua menyatakan keislaman mereka, termasuk bibinya, Khalidah bint al-Harits.

Abdullah ibn Salam tetap merahsiakan keislamannya itu dari kalangan Yahudi lainnya, kerana ia telah mengenal baik karekter mereka dan keburukan akhlak mereka. Pergaulannya yang lama dengan kaum Yahudi dan kedudukan dirinya sebagai ulama Yahudi membuatnya sangat memahami karakter dan sifat mereka.

Sifat dan perilaku buruk itu mereka dapatkan sebagai kesan daripada keburukan dan seksaan yang mereka alami di masa Firaun, serta kekejaman yang ditimpakan oleh Nebukadnezar al-Kaldani, juga kekejaman penguasa Romawi. Kerana itulah kaum Yahudi dikenal sebagai bangsa yang pendendam, pendengki, dan selalu berprasangka buruk kepada pihak lain, bahkan kepada nabi-nabi mereka.

Maksudnya: “Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).” (an-Nisa: 155)

Sejarah juga mencatat akan usaha mereka membunuh nabi mereka sendiri, iaitu Nabi Arami. Mereka juga membunuh Nabi Zakaria. Al-Hashin atau Abdullah ibn Salam mengetahui betul karakter dan sejarah kaum Yahudi, sejarah kebodohan dan kebengalan mereka.

Pada suatu hari Abdullah ibn Salam menghadap kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang bengal. Dusta dan pembangkangan mereka telah dikenal luas, begitupun upaya mereka menyimpangkan manusia dari kebenaran. Seandainya mereka tahu aku telah masuk Islam, tentu mereka akan mencela dan memusuhiku.”

Abdullah ibn Salam meminta kepada Rasulullah untuk menyembunyikan di sebuah bilik, kemudian mengabarkan keislamannya kepada kaum Yahudi. Ia ingin tahu bagaimana reaksi kaum Yahudi ketika mengetahui bahawa ia telah masuk Islam, bahawa ia telah menempuh jalan hakikat.

Kemudian Abdullah ibn Salam bersembunyi di sebuah kamar dan Rasulullah mengundang beberapa pemimpin Yahudi ke rumahnya. Setelah mereka tiba, Rasulullah bertanya, “Apakah di antara kalian ada yang bernama al-Hashin ibn Salam?”

Mereka menjawab yakin, “Ia tuan kami, dan anak tuan kami. Ia adalah pemuka agama kami dan seorang alim di antara kami.”

Tidak lama kemudian, Abdullah ibn Salam keluar dari bilik dan menemui mereka. Tentu saja para pembesar Yahudi itu terkejut bukan kepalang. Mereka menarik ucapan mereka dan berkata, “Kami salah, lelaki ini bukan golongan kami, dan bukan pemimpin kami.”

Orang-orang Yahudi itu saling berpandangan di antara mereka, tanpa dapat berkata apa-apa. Ketika mereka masih diliputi keraguan dan ketakjuban, Abdullah ibn Salam menyempurnakan ucapannya, “Sedangkan aku, saksikanlah, aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Dakwahnya adalah kebenaran. Tidakkah kalian berislam?”

Kaum Yahudi itu masih diliputi ketakjuban dan rasa tak percaya. Mereka murka sekaligus tak percaya bahawa guru mereka ternyata telah berubah dan menjadi pengikut Muhammad. Akhirnya mereka pulang seraya berkata mencela Ibn Salam, “Engkau pendusta. Sungguh kau adalah kejahatan di antara kami dan anak kejahatan. Engkau adalah kebodohan dan anak kebodohan.”

Peristiwa ini menunjukkan dusta kaum Yahudi dan kebodohan mereka. Ibn Salam berkata kepada Rasulullah saw., “Wahai Rasulullah, seperti telah kukatakan, kaum Yahudi adalah kaum pembangkang yang bengal. Tidak ada keimanan sejati dalam diri mereka. Dan mereka sama sekali tidak boleh dipercaya. Mereka tak pernah memegang teguh janji mereka.”

Tidak lama menunggu, Allah menurunkan ayat al-Quran yang bermaksud:

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang demikian).” (al-Baqarah: 146)

Mendengar ayat itu dibacakan di hadapannya, dan melihat bagaimana Rasulullah mendapatkan wahyu itu, Abdullah ibn Salam merasa sangat bahagia. Kecerian dan kesenangan memenuhi jiwanya lalu memancar ke seluruh tubuhnya. Ayat Allah itu meneguhkan hakikat yang telah diketahui dan dipegang teguh oleh Ibn Salam, hakikat yang diingkari oleh kaum Yahudi lainnya. Mereka telah mendusta, mendustakan, dan bersikap membangkang terhadap kebenaran. Sebelum pulang, Abdullah ibn Salam berkata kepada Rasulullah, “Demi Allah, aku mengenalmu lebih banyak dan lebih dalam ketimbang anak-anak dan keluargaku.”

Sejak saat itu dimulailah diskusi, perdebatan, dan perbincangan yang seru antara kaum Yahudi dan kaum muslim.

Kehidupan Abdullah ibn Salam berlangsung sebagaimana biasanya. Ia tinggal di Madinah sebagai sebahagian dari umat Islam. Ia bahagia dengan keislamannya. Baginya, tinggal di sisi Rasulullah untuk membela dan membantu dakwahnya adalah kebahagian yang tak berbanding. Ia selalu duduk paling depan di antara sahabat-sahabat lainnya ketika Rasulullah menggelar majlis ilmu.

Tidak ditemui catatan yang jelas tentang keterlibatan Abdullah ibn Salam dalam peperangan yang disertai umat Islam, baik menghadapi kaum Quraisy mahupun ketika mengepung dan mengusir kaum Yahudi, atau ketika mereka menghadapi kedua-dua musuh itu yang bersekutu menyerang kaum Muslim.

Namun yang pasti, ia merasa bahagia mendengar khabar kemenangan kaum muslim melawan musuh-musuhnya. Ia senang melihat cahaya Islam semakin jauh menyinari orang-orang dari kawasan yang berbeza-beza di sekitar jazurah Arab. Ia bahagia dengan semakin luasnya wilayah negara Islam sehingga menyentuh kawasan Iraq, Syria, dan Mesir … ia bahagia dengan kemenangan Islam dan Rom dan Parsi. Ibn Salam banyak terlibat dalam berbagai peristiwa historis umat Islam.

Ketika Rasulullah wafat, baginda digantikan oleh Abu Bakar yang menjadi khalifah, pemimpin umat Islam. Kemudian Umar menggantikannya, kemudian Uthman ibn Affan. Mereka semua selalu menghormati Abdullah ibn Salam, mengingat kedudukannya dan kesolehannya.

Pada suatu hari, para sahabat Rasulullah sedang duduk di Masjid Nabi. Di tengah-tengah mereka duduk seorang lelaki tua. Aura wajahnya tampak mengesankan dan memikat setiap orang yang memandangnya. Ia tengah berbicara kepada hadirin menyampaikan nasihat dan ajaran-ajaran keagamaan. Dialah Abdullah ibn Salam.

Ia berbicara kepada orang-orang di sekitarnya dengan gaya tutur yang santun. Lembut, dan berwibawa. Orang-orang duduk mendengarkan dengan khusyuk. Setelah majlis ilmu itu selesai, Abdullah ibn Salam keluar dari majlis untuk berjalan sesuai dengan kehendak hatinya.
Ketika ia keluar masjid, seseorang yang ikut mendengarkan ceramahnya berkata, “Siapa saja yang suka melihat wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki itu.” (yang dimaksudkannya adalah Ibn Salam).

Seorang sahabat yang bernama Khursyah ibn al-Hurr, yang ikut menghadiri majlis ini, berkata kepada dirinya sendiri, “Demi Allah, aku akan mengikutinya hingga aku mengetahui rumahnya.”

Khursyah mengikuti Abdullah ibn Salam. Namun di tengah perjalanan Abdullah memanggilnya dan bertanya, “Apa keperluanmu, wahai saudaraku?”

Khursyah menjawab, “Aku mendengar orang-orang berbicara tentangmu ketika engkau keluar dari masjid, “Siap saja yang suka melihat wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki itu’. Itulah yang mendorongku untuk mengikutimu.”

Abdullah ibn Salam berkata, “Hanya Allah yang mengetahui tentang ahli syurga. Aku akan bercerita kepadamu tentang hadis yang mereka bicarakan.”

Kemudian Abdullah ibn Salam mulai menceritakan kisahnya. Ketika aku tidur, aku bermimpi. Seorang lelaki mendatangiku dan berkata kepadaku, “Bangkitlah.” Kemudian ia memegang tanganku. Dan aku pun pergi bersamanya. Kami tiba di hadapan persimpangan. Aku mencuba berjalan ke arah kiri, namun laki-laki itu menahanku dan berkata, “Jangan ambil jalan yang kiri, kerana jalan itu adalah jalan golongan kiri.”

Lalu aku melihat ke jalan sebelah kanan, dan lelaki itu berkata, “Ambillah jalan ini.”
Kemudian kami berjalan hingga tiba di sebuah tiang yang sangat tinggi. Dasarnya tertanam di bumi dan puncaknya menyentuh angkasa. Dari puncak tiang itu tergantung seutas tali. Lelaki itu berkata, 

“Panjatlah tiang ini.”
“Bagaimana boleh memanjat tiang ini sedangkan puncaknya menembus cakerawala?”

Ia memegang tanganku dan tiba-tiba saja aku telah bergantung pada tali itu berusaha memanjat tiang.
Entah apa yang terjadi berikutnya kerana fajar membangunkanku. Keesokan paginya aku menemui Rasulullah dan menceritakan mimpiku. Rasulullah bersabda,
“Jalan yang kau lihat di sebelah kirimu adalah golongan kiri. Jalan yang ada di sebelah kananmu adalah jalan golongan kanan. Sedangkan mengenai gunung, itu adalah tempat para syuhada. Kau tidak akan mendatanginya. Dan tiang tinggi yang puncaknya di angkasa dan dasarnya di bumi adalah tiang Islam. Tali yang kau gunakan untuk memanjat adalah tali Islam. Kau akan terus memegangnya hingga akhir hayatmu.”

Khursyah senang mendengar kisah itu dan berharap semoga dirinya termasuk ke dalam golongan ahli syurga.
Keadaan berlangsung di Madinah selari dengan harapan semua kaum Muslim. Mereka hidup bahagia dan dipenuhi harapan yang indah mengenai kemajuan agama mereka. Kini, cahaya Islam telah tersebar ke wilayah yang jauh lebih luas. Pasukan Muslim berjaya menewaskan pasukan Parsi di timur dan bersiap-siap menakluk Mesir.

Muaz ibn Jabal termasuk pasukan tentera Muslim yang turut serta dalam misi penaklukan Syria. Namun, ia diserang wabak penyakit di sana. Ia pulang ke Madinah dalam keadaan sakit yang teruk.

Dengan hikmah yang dimilikinya, Abdullah ibn Salam mengetahui apa yang dideritai Muaz ibn Jabal dan menyedari bahawa ajalnya tidak lama lagi. Kerana itu, ia berkata kepada Muaz, “Wahai Muaz, berilah kami wasiat.”

Muaz, yang telah meraih hakikat, berkata kepada para sahabat yang hadir di sekitarnya, “Carikanlah ilmu dari Abu Darda, Salman, Ibn Mas ‘ud, dan Abdullah ibn Salam, seorang Yahudi yang masuk Islam. Aku mendengar Rasulullah bersabda tentangny, ‘Sesungguhnya ia termasuk dari sepuluh ahli syurga.”

Wasiat itu merupakan persaksian yang jelas mengenai kedudukan dan keutamaan Abdullah ibn Salam. Kehidupan Abdullah ibn Salam berlangsung dengan tenang. Ia diselamatkan daripada konflik sosial-politik yang berlaku di masa-masa akhir kekhalifahan Uthman ibn Affan serta konflik antara Ali ibn Abu Talib dengan Muawiyah ibn Abu Sufyan.

Ketika mengetahui bahawa Ali ibn Abu Talib berniat menghantar pasukan tentera ke Iraq untuk menyerang para pembemrontak, Abdullah ibn Salam memberi nasihat, “Wahai Ali, tetaplah bertahan pada mimbar Rasulullah s.a.w. Jika kau meninggalkannya, kau tidak akan kembali ke sana.”

Tetapi Ali tidak mengikuti nasihat Ibn Salam dan berkata, “Abdullah ibn Salam adalah lelaki yang soleh.”

Dan terjadilah apa yang telah terjadi ke atas diri Ali ibn Abu Talib. Abdullah ibn Salam meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abdullah ibn Salam, kerana Dia telah menunjukinya kepada Islam dan berjuang dengan tulus ikhlas membantu dakwah Rasulullah sehingga Rasulullah memberikannya khabar gembira sebagai salah seorang ahli syurga. via kisahbest.



Selanjutnya

Friday, 28 November 2014

Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz

Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz | Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dengan syarat:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Sekadar Gambar Hiasan
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,

" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum.

"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..

*3 amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah‬ Islam Itu Indah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....  via aans1.



Selanjutnya

Thursday, 27 November 2014

Dua Beradik Ini Melakonkan Kembali Seperti Gambar Masa Mereka Kecil

Dua Beradik Ini Melakonkan Kembali Seperti Gambar Masa Mereka Kecil | Comel je bila ada gambar kenangan waktu dulu-dulu, tapi lebih comel bila di tiru semula aksinya. hehe !!! Kami suka dengan usaha-usaha mereka ni untuk mewarnakan lagi keindahan hidup !!! Tapi cumanya, gambar nombor 4 tu yang sangat melampaui batas. Tak payah kot nak tiru. Bahaya! via Penghulu Belantara.









Selanjutnya

Hasil Gambar Yang Di Ambil Pada Waktu Malam Di Tepi Paya Ini Amat Mengejutkan

Hasil Gambar Yang Di Ambil Pada Waktu Malam Di Tepi Paya Ini Amat Mengejutkan  | Bertembung dengan seekor buaya di siang hari sudah cukup menakutkan apatah lagi pertembungan dengan sekumpulan buaya pada waktu malam gelap gelita! Langkah seribu jawabnya! Haha. Tetapi, bagi jurufoto Larry Lynch, beliau mengambil peluang tersebut dengan menghasilkan karya fotografi yang menarik dan menggerunkan. Tunggulah sehingga anda melihat pasangan mata buaya-buaya yang berjaya dirakamnya dalam gambar-gambar tersebut....Sangat menakutkan!



Mata buaya-buaya ini sebenarnya bukanlah berwarna merah, tetapi ia kelihatan begitu kerana ada reseptor khas di dalam mata haiwan tersebut yang digunakan ketika dalam kegelapan atau dalam keadaan yang kurang cahaya. Reseptor tersebut mempunyai fungsi yang hampir sama seperti mata kucing tetapi ia memantulkan warna merah berbanding reseptor mata kucing yang memantulkan warna hijau ketika dipancarkan flash..... 



Untuk mendapatkan gambar yang sebegini, Larry mengambil risiko memasuki kawasan paya dalam keadaan yang betul-betul gelap.... Mengimbas kembali ketika sesi photoshoot ini dijalankan, Larry berkata “Segalanya bercampur baur ketika saya melakukannya. Di antara melutut di dalam lumpur hitam setebal beberapa inci, kepanasan, kelembapan dan gigitan nyamuk yang dahagakan darah, tetapi hanya satu dalam fikiran saya iaitu ‘ambil gambar yang terbaik dan berambus dari tempat itu’.... Nasib baik Larry berjaya keluar dari tempat itu dengan selamat. Lihatlah gambar yang terhasil, amat menakjubkan. 


Setiap titik merah yang menyala itu adalah mata buaya-buaya yang berada di dalam paya malam tersebut. Memang saya tak mahu berada di situ di malam hari, semua buaya tersebut kelihatan amat kelaparan dan menggerunkan!!!!!!!!!!! via Penghulu Belantara.



Selanjutnya

11 Gambar Ini Membuatkan Anda Akan Lihat Berulang-ulang Kali

11 Gambar Ini Membuatkan Anda Akan Lihat Berulang-ulang Kali | Gambar-Gambar ini adalah "illusion Optical" namun disebabkan oleh sebuah ketidak sengajaan yang hebatnya boleh membuat orang-orang tidak percaya dengan apa yang mereka lihat dalam foto berikut ini. Perlu beberapa saat bahkan minit untuk mengetahui fakta foto yang sebenarnya..Jum... langsung saja sama-sama kita lihat kumpulan foto unik yang telah berhasil menipu mata dan Fikiran banyak orang.... Sebenarnya ada 11 gambar, tapi sebab gambar-gambar tu semua macam tak sesuai je. So ada 5 gambar je tinggal. Huhu. via Penghulubelantara.








Selanjutnya

Wednesday, 26 November 2014

Ladang Tempat Kajian Mayat Sangat Mengerikan Yang Ramai Tak tahu

Ladang Tempat Kajian Mayat Sangat Mengerikan Yang Ramai Tak tahu | Terletak di suatu tempat di San Marcos, Texas terdapat sebuah ladang berkeluasan 16 ekar yang cukup mengerikan yang dipanggil The Freeman Ranch. Ladang ini bukan untuk tanaman tumbuhan atau ternakan, ia adalah suatu tempat yang sangat mengerikan tetapi perlu. Di seluruh ladang itu, lebih daripada 50 mayat manusia mereput bertaburan. Jika anda tertanya-tanya, ini adalah ladang untuk kajian pereputan mayat manusia untuk siri pembunuh persembunyian. via Dairishare.














Selanjutnya

Jangan Terkejut Lihat Apa Yang Wanita Ini Makan

Jangan Terkejut Lihat Apa Yang Wanita Ini Makan | Siapa sangka penduduk di Iceland mempunyai tabiat makan yang sangat luar biasa. Kalau tak caya boleh lihat sendiri apa yang telah dimakan oleh wanita dari Iceland ni. Makan sampai licin pulak tu. Loya pula admin tengok huhu. via Dairishare.









Selanjutnya

Inilah 6 Gambar Pelakon Popular Kantoi Jadi Ikan Duyung

Inilah 6 Gambar Pelakon Popular Kantoi Jadi Ikan Duyung | Pelakon lelaki popular, Nazim Othman telah mengenakan pakaian renang edisi ikan duyung untuk menikmati keindahan di lautan. Nazim Othman dikatakan berada di Pulau Boracay yang terletak di Filipina dan merupakan antara pulau yang tercantik di dunia.


Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Bin Othman bercuti di Boracay pada minggu lepas dan mendapat perhatian apabila gambarnya memakai pakaian renang ikan duyung disiarkan di laman media hiburan Malaysia. Jom lihat gambar Nazim Othman jadi ikan duyung. Lepas ni boleh la dapat tawaran berlakon jadi ikan duyung. Hehe. via Ohbulan.com.








Selanjutnya

Inilah Pencipta Logo UMNO Yang Ramai Tak Tahu

Inilah Pencipta Logo UMNO Yang Ramai Tak Tahu | Ini jasa guru kami, Yang Mulia Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas bersama-sama dengan bendera UMNO yang beliau reka ketika masih remaja di rumah Dato' Onn bin Jaafar yang merupakan bapa saudara beliau sendiri.


Prof. Al-Attas memiliki ilmu "shiʿārāt al-nabālah" (heraldry) yang merupakan satu ilmu mereka cipta jata-jata bangsawan (noble coat of arms) bagi menggambarkan ke-'izzahan dan makna sesebuah keluarga, pasukan seperti yang banyak kita lihat dalam cerita-cerita Medieval Barat, Islam.

Banyak lagi logo dan jata yang Prof. Al-Attas telah reka dan diguna seperti logo asal UKM, kor tentera Diraja Malaysia (Prof. Al-Attas adalah bekas tentera divisyen artileri dalam menentang komunis, beliau juga alumi Royal Military Academy Sandhurst yang masyhur):
http://army.mod.gov.my/index.php/mengenai-kami/profile/fungsi

Sudah tentu logo terindah ciptaan beliau ialah logo universiti Islam terulung "International Institute of Islamic Thought and Civilization" (ISTAC) yang kini sudah hilang kemegahan dan fungsi melahirkan ulama' dan umara' wibawa kerana Prof. Al-Attas sudah tidak lagi berkhidmat di situ dan kelemahan "Iltizam Siyasi" (Political Will) di kalangan pemimpin politik Muslim dalam mendukung semula wawasan penubuhan institusi tersebut yang berdiri tersegam atas Bukit Tunku tetapi telah kontang makna dan terlucut izzah-nya.

Beliau diberi anugerah tokoh terbilang oleh UMNO keraja jasa beliau tersebut dan dirakam sedikit kata-kata balasan beliau (boleh tonton di: https://www.youtube.com/watch?v=QUObgrHJfyA) yang sebenarnya lebih panjang, padat dan teramat kritis dengan kelemahan, keculasan UMNO yang kini semua tahu amat-amat dipandang serong oleh semua pihak kecuali segelintir pimpinan UMNO yang masih terpalit dengan sindrom "self denial".

Antara nasihat beliau yang terutama dan istiqamah dari muda sampai lah sudah menjangkau 90 tahun ini kepada pemimpin UMNO ialah "serahkan amanah pada yang LAYAK - sesuai dengan firman Allah SWT dalam Al-Qur'an al-Karim:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, ( Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (al-Nisa':58)

Adakah Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan bermuhasabah ke atas ARAHAN daripada ALLAH SWT ini?

Wallahua'lam, sama-sama kita doakan yang terbaik kerana jika tidak balasan setimpal akan diberikan oleh Allah SWT yang sudah tentu lebih pedih di akhirat kalaupun tidak di dunia. via aans1.



Selanjutnya

Tuesday, 25 November 2014

Inilah Punca Utama Lelaki Bangladesh Pegang Tangan Ketika Berjalan

Inilah Punca Utama Lelaki Bangladesh Pegang Tangan Ketika Berjalan | Perkara yang sama saya jumpa di Mekah dan Madinah ini. Saya beranikan diri untuk menyapa mereka mengapa mereka berpegangan tangan bila berjalan bersama kawan lelaki. Bukankah itu menampakkan seperti kamu mempunyai hubungan songsang atau gay?


Lalu Bangla itu tersenyum dan menjawab dengan selamba. "Kamu jalan pegang tangan anak lelaki kamu dan orang tak panggil kamu pasangan gay. Apabila anak kamu besar, kamu mahu pegang tangan anak kamu semasa berjalan anak kamu sendiri tak mahu kerana malu orang anggap kamu berdua gay. Minda kamu dah dirosakkan semasa kamu membesar. 

Asalnya kamu pegang tangan kerana KASIH SAYANG tetapi minda kamu dan anak kamu dicemari sehingga malu untuk berpegang tangan lagi semasa berjalan. Kami sayang sahabat kami seperti mana kamu sayang anak lelaki kamu, maka seperti mana kamu buat atas dasar kasih sayang, begitu juga saya. Cuma minda kami tidak tercemar dengan persepsi yang kata kami gay". Saya senyum dan saya mengakui kebenarannya. Hari ini saya belajar sesuatu yang baru. Jika dulu "Gay" bermaksud "Sangat Gembira" hari ini, makna bahasa itu sudah dirosakkan dengan perkara negatif yang lain. 

Begitu juga dahulu pegang tangan kawan lelaki tidak pernah menjadi kesalahan, tetapi hari ini kita merasakan itu satu yang jijik. p/s Ayat dipermudahkan untuk mudahkan pemahaman. Ikutkan ayat bangla tadi, saya kena guna banyak bahasa isyarat. p/s 2 : walaupun sudah disekolahkan, saya takkan berjalan pegang tangan kawan lelaki saya. Minda saya dah bersih sikit selepas disekolahkan Bangla itu, tetapi minda anda semua bagaimana. via oomedianetwork.



Selanjutnya

Monday, 24 November 2014

Surat Terbuka Amran Kepada PM Najib Razak

Surat Terbuka Amran Kepada PM Najib Razak | Assalamualaikum dan selamat sejahtera ahli ahli Bai'ah semuanya .

Amran selaku Penasihat dan Pengerusi Majlis Majlis Bersatu Amal Sejagat Membawa Muafakat PMM ( Pam Minyak Malaysia ) dengan ini menyokong penuh sepenuh Jiwa , Raga dan Batin Air Barli disetiap usaha Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YB Dato Seri Najib Al Fadhil Al Hakam Belangkasuka Dewata Raya Penjejak Badai Kuasa Putaran Hikmat Alam 10000HP Sinetron Bawang Putih Bawang Merah Ibnu Razak The Last Airbender untuk menghentikan Subsidi Minyak Petrol RON95 dan Diesel yg bermula 1 Disember 2014 ini .


Walaupun ramai rakyat Malaysia yg masih menentang keputusan Kerajaan ini . Amran nak Dato Seri tahu , disetiap sudut hati mereka masih berharap untuk mendapatkan BR1M . Oleh itu Dato Seri tidak perlu bimbang . Kerajaan masih mampu mengawal mereka . Huhu

Penghapusan subsidi ini sebenarnya banyak membantu Menteri Menteri untuk mereka tidak lagi mengikat perut mereka dengan Batu Karbala akibat Gaji mereka yg sikit dan rendah . Amran faham konsep Hidup Melayu . Dato Seri jangan risau .

Oleh itu . Amran ingin mencadangkan beberapa perkara dan juga penyelesaian untuk seluruh perancangan Kerajaan di masa hadapan . Jika Dato Seri tidak keberatan . Ini adalah beberapa sedikit luahan hati dari Amran . Amran harap Dato Seri Pertimbangkan .

1. ( Naikkan Harga Minyak lebih Mahal lagi )


Jika di Negara-Negara pengeluar Minyak , mereka menjual minyak lebih murah dari Negara kita . Amran cadangkan Dato Seri naikkan lagi harga minyak supaya rakyat tahu Negara kita bukan lagi Negara pengeluaran Minyak . Tetapi Negara kita ialah Penternak Ikan Jerung dan Pengeluar Warga Asing .

2. ( Tukar Konsep Minyak Win-Win Ceketeon )

Kualiti minyak yg dikeluarkan oleh Malaysia perlu di ubah kepada Formula Sains Sekolah Rendah darjah 5 bagi menampakkan lagi tahap Akal Minda Hassan Hussein Malik Al Bana Al Daungu . Contoh :- Semakin bertambah minyak A Semakin Bertambah Minyak B dan juga Hipotesis Minyak ini telah membuktikan bahawa Minyak A lebih bermutu dari Minyak B .

3 . ( Bina lebih banyak lagi tempat peluang pekerjaan Oil And Gas demi rakyat untuk mencapai cita cita Amran nak ade Kereta Vios )

Nampak macam tak logik . Tapi sebenarnya ini juga adalah 1 langkah menolong rakyat . Kesenangan Amran adalah kesenangan rakyat . Oleh itu Amran harap Dato Seri dapat lah membina lebih banyak lagi Stesen Petrol Pam di Malaysia dan juga Rumah pelacuran , Pusat urut , Urut pusat , Pusat urat pusat , Korek pusat cium dan bau .

Akhir kata . Saya Amran Sukarjo Wudhoyono berjawatan seperti di atas . Berharap Dato Seri dapat merealisasikan impian dan harapan seluruh rakyat Malaysia yg telah Amran sebutkan diatas . Salam 1 Malaysia dan Salam kesayanganku Hanis Zalikha Muahhh Cikedd . Huhu. via Amran Fans Original.



Selanjutnya

Inilah Cerita Sebenar Pemandu Ambulace Memandu Melawan Arus Yang Ramai Tak Tahu

Inilah Cerita Sebenar Pemandu Ambulace Memandu Melawan Arus Yang Ramai Tak Tahu | Sebuah video yang memaparkan saat-saat cemas seorang pengguna jalan raya yang hampir melanggar sebuah ambulan yang melawan arus tersebar di laman sosial...


Mohd Syawwil Idham nyaris terlanggar sebuah ambulan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)bernombor pendaftaran W7183L yang melawan arus pada kedudukan di lorong laju tanpa membunyikan sebarang siren... 

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur itu, Syawwil sempat menekan brek kecemasan dan menggelak dari terlanggar ambulan berkenaan... “Jika tanpa bantuan ABS, mungkin kereta saya telah berpusing dan berlakunya satu kemalangan yang mengerikan kecelakaan pada kami sekeluarga,” katanya... 

Syawwil menggesa pihak KKM menyiasat tindakan pemandu ambulan berkenaan dan ambil tindakan yang sewajarnya jika tindakan pemandu berkenaan tiada dalam SOP.Susulan daripada itu, ramai pihak membuat pelbagai andaian antaranya menyalahkan tindakan pemandu, tidak kurang juga yang memberikan pandangan bahawa jika dalam keadaan terdesak, tindakan pemandu ambulan itu boleh dipertimbangkan... 

Namun, seorang individu tampil menjelaskan kisah sebenar yang menjadi punca mengapa pemandu ambulan terpaksa mengambil tindakan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain...via radiobiru.




Selanjutnya

GEMPAR Pesawat MH370 Terdampar Di Sumatera

GEMPAR Pesawat MH370 Terdampar Di Sumatera | Pengarah Program Operasi Pencarian MH370 Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Peter Foley mendakwa serpihan pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka terdampar di kawasan pantai setelah dibadai ombak dan kemungkinan besar terdampar berhampiran pantai Sumatera...

Sekadar gambar hiasan
Laman web Mirror.Uk memetik Foley sebagai berkata, beliau percaya serpihan pesawat itu daripada jenis Boeing 777 akan bergerak ditolak ombak ke Indonesia dan jika perkara itu benar, segala misteri tentang kehilangan pesawat itu bakal terjawab... “Sesuatu (daripada pesawat MH370) pasti akan terdampar di kawasan pantai dan kemungkinan besar di kawasan pantai di Sumatera. 

Kami dimaklumkan banyak orang telah menemui objek pelik di kawasan pantai dan menyerahkannya kepada polis tempatan... “Kami kemudian menyerahkan objek berkenaan kepada Boeing untuk dikenal pasti, namun sehingga kini tiada sebarang berita positif diterima tentang pesawat itu. Objek yang berada di laut mengambil masa lama untuk terdampar di pantai setelah dibadai ombak,” jelas Foley... 

Kata Foley, dua buah kapal masih menjalankan kerja-kerja mencari pesawat MH370 di dua buah kawasan yang telah dikenal pasti, menggunakan peralatan pengimbas sonar... Jelasnya, 40 orang krew bekerja di atas kapal berkenaan 24 jam secara bergilir-gilir bagi memastikan usaha mencari dapat dijalankan dengan lancar... “Ada kalanya cuaca di laut begitu buruk, tetapi kami percaya kami akan mendapat jawapan misteri tentang kehilangan (MH370) ini. Penting untuk semua pihak mengetahui apa yang sebenarnya telah berlaku kepada pesawat tersebut,” ujar Foley... 


Kehilangan pesawat MH370 hampir memasuki sembilan bulan sejak dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu, ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 orang penumpang dan anak kapal...via utusan online.



Selanjutnya