Monday, 1 December 2014

Luahan Kesedihan Ahli Bomba Yang Ramai Tak Tahu

// // Leave a Comment
Luahan Kesedihan Ahli Bomba Yang Ramai Tak Tahu | Pegawai Bomba Kanan II Che Razak Harun bersyukur menjadi salah seorang insan terpilih bagi menggalas tanggungjawab sebagai anggota bomba dan berpeluang untuk berbakti kepada masyarakat. Menceritakan pengalamannya, anak jati Besut, Terengganu itu berkata, pelbagai cabaran telah dilaluinya sepanjang 20 tahun berkhidmat di bawah panji-panji Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. 


Menurutnya, pada peringkat awal, beliau terpaksa bermain dengan emosi terutama ketika berdepan kes-kes kematian sehingga terbawa-bawa dalam kehidupan sehariannya. “Memang rasa sayu, sedih dan pilu setiap kali mengenang kes-kes melibatkan kematian. Namun saya bersyukur kerana selepas dua tahun, perkara tersebut dapat dilalui dan tidak lagi membelenggu kehidupan,” katanya. 

Beliau berkata, ketika berkhidmat sebagai anggota biasa, iaitu sebelum tahun 2000, setiap kali menerima panggilan kes kebakaran, beliau berdoa di sepanjang perjalanan agar dapat menyelamatkan mangsa dan harta benda. “Masuk era 2000 pula saya sentiasa berdoa agar tiada nyawa terkorban kerana sekarang setiap rumah dipasang jeriji besi yang menyebabkan kadangkala ketika berdepan kecemasan, mangsa panik, lupa kunci sudah dipegang dan masih tercari-cari. 

Saya nasihatkan masyarakat lebih prihatin dengan pemasangan jeriji besi. Pasang jeriji hidup dari dalam yang akan terbuka bila digoncang,” katanya. Tambahnya, tiada siapa tahu cabaran dalaman dihadapi anggota bomba ketika menjalankan tugas menyelamat sehingga ada anggota bomba menitiskan air mata apatah lagi bila ada nyawa yang terkorban. “Bukan saya sahaja, semua anggota bomba akan menangis setiap kali melihat harta benda mangsa musnah dalam kebakaran, apatah lagi bila ada nyawa yang terkorban. 

Tiada siapa tahu kerana tiada air mata yang mengalir. Namun hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu bertapa sebak hati kami dan bertapa kuat jiwa kami teresak-esak menangisi setiap kejadian menimpa mangsa dalam keadaan kami terpaksa menjalankan tugas dan tanggungjawab,” katanya. Ammboi via sinarharian.



0 comments:

Post a Comment